29 December 2008

Singgah Sebentar di tepi pantai ...

No comments:

Kak Huda: Salam Tira, akak da sampai uia kuantan ni. Kat kafe Mahallah Talhah.

Saya: Wsslm wbt.. Alhamdulillah, tapi saya ada program di Teluk Chempedak ni.

Kak Huda: Athira tak boleh arrange untuk jumpa akak sekejap ke? Sekejap pun jadilah...

Saya: Hm..sebelum jam 12 saya conformkan semula ye...(",)


* * * * *

Kak Huda: Salam Tira, akak da on the way ke pantai TC (Teluk Chempedak) ni. Kak Zah ajak g sana..

Saya: Owh ok, saya akan datang jumpa akak.

Kak Huda: Kami tunggu tepi pantai depan restoran Warisan ye...

Saya: Ok.



Kehadiran kak Huda, kak Yati, kak Dayah dan kak Wani benar-benar membuat diriku kagum dengan kesungguhan mereka untuk datang melawat teman-teman bekas ahli G'rimis (Grup Impresi Seni) yang menuntut di kampus indera mahkota ini. Apa yang membuat diriku kagum terhadap mereka adalah apabila melihat keakraban mereka seperti adik-beradik walau hampir 2 tahun tidak bersama di dalam G'rimis.


Kebetulan pada 25 Disember adalah ulang tahun kelahiran kak Wani. Jadi, mungkin mereka ingin sama-sama meraikannya di sini. Hm, merasa jugalah diri ini makan kek coklat (sedap !)sambil bersajikan pemandangan indah di tepi pantai Teluk Chempedak. Selain itu, kak Huda sempat menghulurkan CD Sang Murabbi yang kutempah daripada seorang sahabat di Uia Gombak. Pada perancangan awalnya, biar saja kudatang ke sana untuk ambil daripada kak Huda. Namun, alhamdulillah, Allah telah permudahkan segalanya.


Buat kak Huda, kak Yati, kak Wani, dan Kak Dayah...Jutaan terima kasih buat kalian. Kumohon rahmat dan keberkatan sepanjang persahabatan kita. Moga berkekalan hendakNya hingga akhir usia, insyaAllah. Jaga diri sentiasa ya...! (",)


"Dan di antara mereka ada yang berdoa, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka." (Al-Baqarah: 201)


28 December 2008

Apa hijrah kita ???

No comments:


Tanggal 1 Muharram sudah tentunya berkait rapat dengan sejarah bermulanya perkiraan tahun hijrah sejurus perpindahan umat Islam dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Tika itu, kaum Muhajirin disambut baik oleh penduduk Madinah (kaum Ansar) seusai mereka sampai ke kota itu. Kaum Ansar menyediakan tempat tinggal (pelindungan), makanan, pakaian, dll demi menjalinkan persaudaraan yang erat.

Namun, dalam konteks kehidupan kita pada hari ini, apa penghijrahan yang telah kita lakukan atau sedang lakukan, mahupun yang akan kita lakukan? Penghijrahan kini, mempunyai konteks yang lebih meluas dan mencakupi pelbagai aspek yang pada akhirnya mampu membawa kita lebih mengenal Tuhan, Sang Pencipta. Sebagai seorang pemimpin negara, mahupun pendidik bangsa, atau seorang hambaNya, apa hijrah kita ???

Suka untuk saya berkongsi bersama pelayar-pelayar blog ini, dalam konteks saya sebagai seorang pelajar, penghijrahan itu sudah pasti memerlukan suatu momentum atau daya yang cukup padu untuk menggerakkan diri dari keadaan pegun hingga mampu bergerak sedikit dan akhirnya memecut laju menuju destinasi yang dituju. Walaubagaimana pun, ada juga timbulnya soal ketidakmampuan untuk mengenakan daya pada diri yang pegun tadi.

Jadi resolusinya apa...? Walau siapa pun kita, soal lah pada diri, apa hijrah kita? Bersamalah memohon daya kekuatan daripadaNya untuk berhijrah dari daerah hina ke negeri mulia. Semoga kita dapat melahirkan konsistensi daya juang atau dalam erti kata lain, istiqamah sepanjang penghijrahan menuju redha Tuhan sekelian alam.

~Salam Maal Hijrah~
~1 Muharram 1430 H~
“Mereka (orang kafir) ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, sehingga kamu akan menjadi sama seperti mereka. Maka janganlah kamu menjadikan mereka sebagai penolongmu hingga mereka berhijrah pada jalan Allah”. (An-Nisa: 89)

Training of Facilitator ...

No comments:

Tarikh: 19-21 Disember 2008
Tempat: Taman Pertanian, Kuantan.

Alhamdulillah, sekembalinya dari UPM (dalam jam 2 pagi), saya sempat bergegas ke lokasi perkemahan pada keesokkan harinya dalam jam 9 pagi (mujur hanya 10 minit dari iium kuantan). Pesan Head Faci, elok la sekiranya dapat sampai awal untuk bincang modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kalau diikutkan, letih semalam masih lagi berbaki, namun entah dari mana kekuatan itu hadir dalam diri yang pada akhirnya saya berkesempatan menyertai TOF kali ini, sebagai facilitator.



Kadang-kala terselit juga di minda, banyak perkara lagi yang perlu diuruskan memandangkan 21 Disember 2008 adalah tarikh mendaftar untuk semester (2) baru di IIUM. Namun, saya kira persediaan mental itu amat perlu dalam mengatur cara diari hidup. Susunan jadual yang sistematik sangat membantu dalam perlaksanaan sesuatu yang telah ditetapkan agar segalanya mempunyai potensi untuk berjalan lancar (atas izinNya jua).



Namun, sering kali saya terfikir, apakah ada kerugian jika masa kita di bazirkan untuk jalanNya? Apakah sia-sia saja semuanya? Jawabnya, tepuk dada, tanyalah iman kita. Saya teringat pada satu ungkapan yang berbunyi... "Segalanya pasti akan mudah dan indah, jika segalanya kerana Allah, insyaAllah...". Ungkapan ini bisa membuat saya terfikir seketika agar saya mampu menerapkan dalam minda separa sedar secara positif pada tanggapan yang baik kepada al-Kholiq.

"Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." (As- Sajdah: 5)

25 December 2008

Ruminant Animal Workshop ...

No comments:
















Tarikh : 17-19 Disember 2008
Tempat : Taman Pertanian Universiti

Alhamdulillah...Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana mengizinkan program ini berjalan lancar. Berbekalkan kesungguhan para committee, program sulung ini berjaya dilaksanakan dengan beberapa misi :-

1) Menghargai 1 dalam seribu, ciptaan Allah yang maha Satu (haiwan Ruminan).
2) Mendalami ilmu-ilmu praktikal mengendalikan haiwan-haiwan ruminan.
3) Sebagai langkah utama dalam pengkajian untuk perlaksanaan projek penternakan haiwan ruminan.

















18 Disember 08

.: Pengisian lebih kepada penternakan kambing.
.: Pendedahan tentang baka-baka kambing di Malaysia (Katjang, Boer, Jamnapari, dll).
.: Penerangan teori cara penjagaan, makanan, rawatan, kandang, timbangan dll.
.: Latihan praktikal di kandang kambing TPU, UPM.
.: Menimbang, memotong kuku, memberi makan, dll.

















19 Disember 08


.: Pengisian lebih kepada lembu tenusu dan pedaging.
.: Berkenalan dengan baka asli dan baka kacukan.
.: Penerangan tentang cara penjagaan, permanian berhadas, pemakanan, suntikan vaksin, dan banyak lagi.
.: Mengetahui wabak atau virus yang menjadi musuh haiwan ini.
.: Praktikal memerah susu lembu dan memberi minum susu kepada anak lembu.

















Sebelum bertolak pulang ke asrama, kami berkesempatan untuk singgah di kandang kuda yang terletak jauh sedikit dengan kandang lembu dan kambing. Agak banyak species yang ada di sana. Jika ada yang ingin menjalani kelas latihan menunggang kuda, yuran RM100 sebulan untuk pelajar UPM dan RM300 untuk orang awam.






















Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Mohon keberkatan atas segala usaha yang dilakukan keranaNya...Ameen.



"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dapat terbang di angkasa dengan mudah. Tidak ada yang menahannya selain Allah. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman." (An-Nahl: 79)

12 December 2008

Kem Ibadah Taman Desa Makmur ...

No comments:




Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Dia yang memberi kesempatan untuk saya bersama-sama pihak penganjur (En. Haji Ahmad & keluarga) mengendalikan Kem Ibadah Taman Desa Makmur, Bangi pada 1-3 Disember yang lalu. Berbekalkan ilmu yang ada, saya diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang facilitator dan bergaul bersama adik-adik yang berumur dalam lingkungan 8-15 tahun (mencabar juga mengendalikan kanak-kanak comel ni...). Pada musim cuti sekolah memang sesuai program seperti ini untuk mereka. Sekurang-kurangnya, terisi juga masa lapang adik-adik dengan perkara yang berfaedah kan...



Saya berkira-kira, alangkah bagusnya persatuan penduduk taman perumahan saya juga mengadakan program seperti ini. Malah, ia patut dicontohi oleh segenap masyarakat yang lain. Antara penekanan yang diberi sebagai objektif utama ialah pemahaman dan penghayatan adik-adik dalam ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah selain penekanan terhadap sahsiah dan akhlak. Dan sudah pasti Islam sangat memandang tinggi terhadap nilainya solat sebagai rukun Islam ke-2. Tertegaknya Islam adalah berpaksikan tunjang solat yang 5 waktu itu. Jika, tegak umatnya, maka tegaklah Islam. Jadi, kami tekankan lebih sedikit tentang solat untuk adik-adik kita.



Apa pun, kefahaman tentang solat dan ibadah lain memang perlu diterapkan konsepnya dengan lebih luas. Bukan terhad terhadap sesuatu perkara saja. Jadi, saya cuba menerapkan kefahaman tersebut dalam kumpulan saya mengikut tahap mereka. Kalau sesuai dengan cara bermain, bermain jugalah saya. Yang penting, kita cuba untuk menyampaikan maklumat kepada mereka semudah yang mungkin. Mudah bagi adik-adik untuk faham juga untuk mereka amalkan.



Buat adik-adik kak Tira dan abang Aman..(Zulfah, Mira, Aizah, Asnad, Syamil, Haziq, Fizi, Solah dan Luqman)...Adik-adik boleh cuba untuk kenal pasti apa yang adik-adik masih belum hafal (doa qunut, doa ifftitah, doa harian, tahiyyat akhir dll.) Jika nak tanya apa-apa, msg akk dan abg aman ye...Siapa yang hafal dan faham maknanya, dialah yang untung...(",). Selamat mencuba..!
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." (Az-Zariyat: 56)

11 December 2008

Kau pergi dulu ...

No comments:



Shima : ...Akak tau tak?

Saya : Tentang apa?

Shima : Ada seorang budak SMKAP menninggal? Hanani namanya. Budak form 5.

Saya : Innalillahi wainnalillahirojiu'n. Hanani ke Hanina?

Shima : Astaghfirullah, Hanina. Maaf, silap. Hari Jumaat ari tu...

Saya : Masya Allah. Dia rapat dengan akk dulu.

Shima : Dia satu dom dengan akk kn...

Saya : Sebelum ni, akk ada bercadang nak jumpa dia di sekolah masa musim SPM. Akk ada call dia banyak kali. Tapi tiada orang angkat.

Shima : Owh...Dia kena jangkitan kuman di peparu kak...Lama dia sakit.

Saya : Dia memang sakit TB dulu. Tapi, sangat baik budaknya...Kita doakan kebahagiaan dia di sana ye..Al-Fatihah.

Shima : Al-Fatihah.




Perbualan seketikaku dan junior SMKAP (Sekolah kebangsaan Agama Pedas) di

YM menggamit seribu kenangan sepanjang aku menuntut ilmu di situ. Arwah

adik Hanina, sudah tidak asing lagi di bumi aspuri. Kesopanannya, kecerdikkannya,

kelembutannya, membuat aku kagum dalam diam. Kami akrab semasa aku masih di SMKAP.

Hingga ada yang mengusik..arwah, aku dan cikgu Hayati seperti sama wataknya. Aku

selalu mencontohi kemuliaan sifatnya biarpun usianya jauh lebih muda. Sangat

thiqoh dalam perjuangannya. Sentiasa menunjukkan kecemerlangan akademik

walau penyakit memburu diri. Hingga pernah arwah dikuarantin untuk satu tempoh gara-

gara virus TB. Suntikan picagari sudah sebati dengan dirinya. Saat itu, aku mula

kerisauan. Namun, arwah sentiasa menunjukkan sihat.Mengusir kerisauan semua mungkin.

Nina, akk sungguh terkilan tidak berkesempatan nak jumpa Nina. Akk berdoa, kita kan

berjumpa di sana..InsyaAllah.


“Dan Allah tidak akan sekali-kali menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya.” (Al-Munafiqun:11)

10 December 2008

Ada Apa dengan Korban ???

No comments:





Kehadiran 10 Zulhijjah pastinya menjadi tarikh keramat buat para jemaah haji di bumi

Makkah.Bagi insan yang sudah melaksanakan rukun Islam yang ke-5 itu, pasti tersemat

pelbagai memori sepanjang melaksanakan ibadah di sana. Diri ini? Entah bila akan ke

sana. Namun perlu kupasakkan dalam hati keinginan itu suatu hari nanti.

Seusia muda sebolehnya..insyaAllah.


Di bumi Malaysia, teman-teman rajin menghantar ucapan pesanan ringkas... Ada 1 frasa

yang benar-benar membuat saya berfikir sejenak. Elok juga dikongsi bersama di

sini.." Saat berderai jatuhnya titisan air mata suci Nabi Ibrahim melihatkan

keteguhan iman anaknya Nabi Islmail saat itulah bermulanya sejarah agung erti

sebuah pengorbanan. Justeru, marilah kita korbankan segala sifat mazmumah dalam diri

kita untuk digantikan dengan segala sifat mahmudah. SALAM AIDIL ADHA..."


Apa yang kufikirkan, apa kita sayang dengan mazmumah itu? Sehingga sayang diusir

pergi. Masihkah diri ini mahu menangguh dalam perkara mulia? Jadi, ada apa dengan

korban agaknya? Apakah kumahu persiakan sejarah pengorbanan nabi-nabi terulung itu.

Perjuangan mereka jauh lebih mulia dari apa yang mungkin pernah aku lakukan. Lalu,

bila aku akan berkorban? Mohon kekuatan dariMu untuk aku korbankan mazmumah itu.


"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah." (Surah al-Baqarah, ayat 196)

09 December 2008

No comments:




Puteriku Sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz


MusicPlaylist

06 December 2008

Seindah Mawar Berduri ...

No comments:


Sekuntum mawar segar, hadiah mak buatku. Merenung dalam kepada mawar membawa seribu satu maksud yang padu. Bukankah tiap apa yang dicipta Allah itu punya pengajaran yang bermakna buat manusia? Lantas teringat daku pada sehelai warkah petikan daripada novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha..

"Duhai puteriku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjungi dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Puteriku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mangatakan tentang bahaya dirimu: "Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita." Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah puteriku sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.


Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulamkan akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam. "Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik..."Ya Allah jadikan kami bidadari syurga..."

30 November 2008

Wirid, zikir penenang jiwa paling mujarab ...

No comments:




PADA era serba cergas ini, kehidupan di bandar megapolitan khasnya yang segalanya mesti dilakukan dengan pantas dan tepat sehingga jiwa, hati serta badan manusia memerlukan sesuatu yang sesuai untuk menyeimbangkannya. Oleh itu, orang bandar terpaksa mencari jalan penyelesaian dengan pelbagai cara untuk mendapatkan keseimbangan diri termasuk beriadah secara fizikal atau spiritual atau kedua-duanya.

Namun, bagi Muslim semua amalan harian, mingguan, bulanan, tahunan atau seumur hidup sama ada wajib, sunat, haram, makruh, mahupun harus yang ditetapkan Allah SWT untuk dilaksanakan mempunyai tujuan duniawi dan ukhrawi termasuk untuk menenangkan jiwa, menyejukkan hati dan menyihatkan badan.

Apabila Islam datang bersama Rasulullah SAW dengan visi dan misi kerahmatan lil 'alaminnya, semua amalan masyarakat Arab ketika itu diganti dengan amalan yang sesuai dengan kehendak Allah SWT. Sebagai contoh, amalan menyembah tuhan selain Allah yakni patung berhala secara tabik hormat, rukuk dan sujud diganti dengan amalan solat yang disertai takbir, rukuk, iktidal, sujud, duduk tasyahhud dan taslim.

Begitu juga dengan amalan lain termasuk hari keraian Nairuz dan Mahrajan di Madinah diganti dengan Aidilfitri dan Aidiladha. Semuanya sesuai dengan hukum syarak yang dibawa Baginda SAW atas perintah Allah SWT. Seorang Muslim mempunyai amalan tersendiri daripada yang wajib hingga harus. Amalan ini berasal daripada ajaran al-Quran dan sunnah. Ada juga amalan yang disebut zikir dan tafakur.

Ramai terkeliru menyamakan tafakur dengan meditasi padahal kedua-duanya mempunyai perbezaan ketara. Ketika bertafakur mesti ada dalam minda kita mengenai kekuasaan Allah, sedangkan dalam meditasi minda mesti dikosongkan. Mengosongkan minda bererti satu kerugian menimpa diri kerana kita mensia-siakan masa yang perlu diguna sebaik-baiknya
Zikir sudah sering disentuh dalam ruangan ini, tetapi wirid baru kali ini dijelaskan. Wirid dan zikir mempunyai persamaan dan perbezaan.

Persamaannya, kedua-dua amalan ini mengingati Allah dan perbezaannya adalah wirid lebih khusus daripada zikir kerana zikir boleh dibuat bila-bila masa dan dalam keadaan apa pun jua. Wirid mempunyai tatacaranya tersendiri seperti yang akan kita lihat dalam penjelasan berikut.

Dalam Kamus Dewan wirid mempunyai takrifan sebagai "1. petikan daripada al-Quran yang ditentukan untuk dibaca (dipelajari dan lain-lain); 2. zikir yang dibaca selepas sembahyang," manakala Kamus Kontekstual Lengkap al-Khalil menterjemahkan wirid dengan erti "sedikit air, nasib, sebahagian Quran dan sebagainya, sekumpulan burung, tentera, mengambil air, mendekati air."

Dalam A Dictionary of Modern Written Arabic ia diterjemahkan sebagai specified time of day or night devoted to private worship (in addition to the five prescribed prayers); a section of the Koran recited on this occasion. Menurut istilah ahli tasawuf dan pengertian secara umum dalam disiplin ilmu Islam, wirid bermakna seperti ditulis Syeikh Muhammad al-Madini dalam artikelnya bertajuk al-Wird, "azkar makhsusah min al-quran wa sunnah Rasulillah wa min athar al-'ulama al-'amilin" atau zikir khusus daripada al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan amalan ulama muktabar.

Zikir dibaca pada masa tertentu siang atau malam sehingga seolah-olah si pembaca wirid mengambil air apabila dia berasa haus. Menerusi zikir secara amnya dan wirid secara khasnya membuat mukmin tenang jiwa, sejuk hati dan sihat badannya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya: "Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'du: 28)

Sebagai amalan khusus yang mempunyai tatacaranya sendiri, wirid mempunyai dasar hukumnya daripada al-Quran dan sunnah Nabi. Imam Tirmizi meriwayatkan bahawa seorang sahabat datang kepada Rasulullah SAW sambil mengeluh: "Wahai Rasulullah, alangkah banyaknya hukum hakam syarak yang seakan-akan membebaniku, berikanlah aku sesuatu agar aku tetap teguh melaksanakannya. Baginda menjawab: Basahilah lidahmu dengan selalu berzikir kepada Allah."

Agar Allah mencukupkan kita dengan apa saja yang kita inginkan mengenai perkara dunia dan akhirat, maka kita cukup dengan membaca tujuh kali pada pagi dan petang potongan ayat 129 Surah al-Taubah yang bermaksud: "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar." (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Ibn 'Asyakir secara marfu')

Bukankah wirid ini menanamkan pada jiwa kita sifat tawakal dan berserah diri kepada Allah? Agar hati kita tidak mati pada siang dan malam, maka bacalah dua ayat terakhir Surah al-Isra' setiap pagi dan petang seperti diriwayatkan dalam hadis al-Dailami. Bukankah wirid ini mengajar kita betapa penting menjaga hati agar tetap terang di bawah sinaran Allah?

Alangkah indahnya tuntutan Rasulullah yang mengajar umatnya untuk wirid pada pagi dan petang dengan membaca asbahna (amsaina) wa asbaha (amsa) mulku lillahi walhamdulillah la syarika lah la ilaha illa huwa wa ilaihin-nusyur (Sesungguhnya kami terjaga pada pagi dengan kesedaran bahawa kerajaan ini seluruhnya milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya, tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.

Bukankah wirid ini menanamkan pada hati kita bahawa kekuasaan mutlak di tangan Allah?) Dalam hadis Abu Daud, al-Nasa'i, dan Ibnu Hibban diriwayatkan bahawa barang siapa membaca pada pagi dan petang maksudnya: "Ya Allah, nikmat apapun yang ku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah daripada-Mu yang tidak mempunyai sekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur", maka sesungguhnya dia telah menunaikan syukur pada siang dan malam hari itu.

Bukankah wirid ini mengajar kita agar tidak tamak haloba? Untuk menjaga kesihatan kita, Rasulullah mengajar wirid untuk dibaca pada pagi dan petang tiga kali yang bunyinya Allahumma 'afini fi badani, allahumma 'afini fi sam'i, allahumma 'afini fi bashari la ilaha illa anta. (Ya Allah sihatkanlah badan, pendengaran dan penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau. (Hadis riwayat Abu Daud)

Bukankah dengan wirid ini kita akan sentiasa mendapat kesihatan dari Allah? Banyak lagi wirid yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat jika diamalkan oleh mukmin, dia tidak lagi perlu kepada cara lain untuk menenangkan jiwa, menyejukkan hati dan menyihatkan badan kecuali cara yang sesuai dengan ajaran Nabi Junjungan umat Islam. Wallahu a'lam.

19 November 2008

Kesederhanaan dalam Ibadah

No comments:




DARIPADA Abu Hurairah katanya: “Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memberatkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama.

Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” - (Hadis riwayat Bukhari)

Tujuan ibadah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Konsep ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus (seperti sembahyang, puasa, haji) dan ibadah umum iaitu setiap gerak geri, tindakan dan pekerjaan yang diniatkan kerana Allah.

Syarat diterima sesuatu ibadah itu bergantung kepada tiga perkara iaitu Islam, ikhlas dan ittiba’ (dilakukan sesuai dengan perintah Allah dan mencontohi apa yang dilakukan Rasulullah SAW)

Sesuatu ibadah itu hendaklah dikerjakan sebaik mungkin (menepati kehendak syarak) tanpa melebih-lebihkannya. Maksud ‘dikalahkan oleh agama’ ialah keadaan seseorang yang menjadi lemah lantaran terlalu kuat mengerjakan ibadah hingga lupa menguruskan keperluan diri seperti mencari nafkah menyara ahli keluarga.

Perkara itu ternyata bertentangan dengan kehendak Islam kerana Islam menyuruh manusia berusaha gigih untuk mencari penghidupan yang baik di dunia dan bukan menumpukan segala usaha untuk bekalan akhirat hingga melupakan dunia iaitu jambatan ke akhirat. Oleh itu, mestilah bijak menyeimbangkan antara keperluan dunia dan akhirat supaya tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.

Begitu juga dalam usaha mengajak ke arah ajaran Islam yang benar, dakwah hendaklah dilakukan dengan berhemah supaya apa disampaikan mudah diterima golongan yang didakwah serta diikuti dengan hati penuh ikhlas.

Pendakwah juga dilarang menimbulkan rasa sukar untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Contohnya ketika menjadi imam dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmun yang ada terdiri daripada mereka yang lemah dan sakit.

Abu Burdah berkata: “Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersatu padu kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW juga menyuruh kita menggembirakan manusia bukan menjadikan mereka merasa benci dengan ajaran yang disampaikan. Oleh itu, kita hendaklah mendahulukan perkara yang menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.

Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat daripada agama dan kebenaran. Sebaliknya jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat serta tahap tertentu bukan bersifat drastik atau melulu.

“Dan mereka (Hamba Allah) apabila berbelanja tidak berlebihan dan mereka bukanlah pelit dalam berbelanja. Merekalah yang seimbang di antara dua perkara ini”. (Al-Furqan: 76)

06 November 2008

5 Tips Berkesan Elak Tergelincir dari Landasan Islam ...

1 comment:




KITA hidup dalam zaman yang penuh dengan pelbagai cabaran. Kehidupan manusia seakan-akan tidak mencukupi masa 24 jam untuk mengejar nikmat dunia dan membolot khazanahnya demi kehidupan yang menyenangkan.

Dalam pada itu, umat Islam tidak boleh lalai dan cuai untuk sentiasa merenung diri dan selalu ingat akan pesanan Nabi SAW supaya berwaspada tipu daya nikmat dunia. Oleh itu, sewajarnya kita mengingati lima pesanan Rasulullah SAW demi menjaga diri, keluarga dan masyarakat supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam.

1 memperbanyakkan menyebut Allah kerana tidak dinafikan menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji orang yang berbuat baik kepada kita hingga ada kalanya terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.


Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sendawa. Pujian begini hanya di lidah saja tidak meresap ke lubuk hati. Kata Al-Imam Ibnu Qayyim: “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang dari siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

2 memperbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia kerana dunia terlalu sedikit jika dibandingkan dengan akhirat. Seribu tahun di dunia sama dengan sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat.

Hanya orang yang berfikiran pendek sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat. Manusia yang cerdik ialah mereka yang sibuk merancang wawasan akhiratnya. Saham amanah dunia tidak penting, tapi yang paling penting ialah saham amanah akhirat yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda.

Oleh itu perlu diperbanyakkan menyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat sebagai bekalan.

3 memperbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tetapi jarang memikirkan bekalan hidup ketika mati. Memikirkan mati adalah sunat untuk menginsafi diri. Perjalanan jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Jika tidak diusahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat.

Meskipun sudah dijamin syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali mengenai kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dosa.

4 jangan menyebut kebaikan diri dan keluarga kerana syaitan memang sentiasa hendak memerangkap dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat serta menyebut kebaikan yang dilakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang dibuat, ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung.

Tetapi kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan itu sudah menimbulkan satu penyakit hati, iaitu ujub yang boleh merosakkan pahala kebajikan dibuat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riak atau bangga diri yang mana Allah memberi amaran sesiapa yang memakai sifat riak tidak akan mencium bau syurga. Riak adalah satu unsur dari syirik kecil.

Nabi SAW pernah berpesan: “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.”

5 jangan menyebut dan menampakkan keaiban atau keburukan orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri sendiri.

Bak kata orang tua-tua, “kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tidak kelihatan.” Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tetapi empat lagi menuding ke arah diri.

Oleh sebab itu, biasakan melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Islam menggariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan padanya.

Lihatlah kejahatan pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara itu kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan manusia ke dalam api neraka.

03 November 2008

No comments:


Imbalan Ukhrawi ...

Lihatlah di sekitar maya,
Kita punya segalanya,
Punya harta & takhta,
Punya masa ...
Punya sihat & bahagia,
Jua punya nyawa..

Hatta itu nikmat seketika,
Kurniaan Tuhan buat hambaNya,
Ada beringat, ada teralpa,
Ada bersyukur, ada yang kufur,
Ada hargai, ada jua ingkari.

Ayuh sedari hakikat itu,
Hakikat Dia yang maha Satu,
Ayuh sedar dari lenamu,
Lena dek bayu nan syahdu,
Ayuh diriku,
Ayuh sahabatku,
Ayuh menuju Redha itu.

Usah dibiar masa percuma,
Tiap ciptaan ada tugasnya,
Segera sempurna amanah kita,
Agar berdaya untuk berkata,
Berkata-kata di akhirat sana.

Kelak dipersoal teliti rapi,
Tinggal tidak saki baki,
Walau sebesar biji sawi,
Bermakna atau tiada erti,
Hidup di dunia ini.

cahaya @ mulia
UIAM, Kuantan
nov 08'




"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (dariNya)" (Al-Anbiya':1)

06 October 2008

2 comments:

Sanjunganku ...

Besar kepalang pengorbananmu ,
Menjaga,mengasuh dan mendidikku ,
Memikul amanah kerana yang Satu ,
Mak,ayah..kaulah sanjunganku .

Terkenang aku zaman kecilku ,
Seupayamu penuhi permintaanku ,
Biarpun kini kusemakin dewasa ,
Kau tetap berkorban tanpa bertapa .

Apakah bisa aku titipkan semua ,
Tiap titik keringat mereka tercinta ,
Dalam jerih meredah dunia ,
Mencari rezeki, meraih redhaNya .

Mak..ayah..yang kucinta ,
Usahaku menjadi anak yang berguna ,
Berguna pada Islam yang sejati ,
Berguna pada negara yang murni .

Dan ku mohon padaMu Illahi ,
Tempatkan mereka dalam golongan yang Kau redhai ,
Dilimpahi dengan rahmatMu yang suci ,
Hidup bahagia duniawi, ukhrawi .

cahaya @ mulia
UIAM, Kuantan
oktober 08'




"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya (ibu bapa) dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil" (al-Isra':24)

28 September 2008

No comments:



Muhasabah Aidilfitri ...


Bergema takbir di Aidilfitri,
Tanda berlalu Ramadhan diberkati,
Bulan yang dirahmati lagi mulia,
Bulan keampunan buat hambaNya...

Sia-sia ianya pergi,
Jika tak terkesan pada rohani,
Sia-sia ia meninggalkan kita,
Jika masih masyuk dibuai dosa.

Merenung diri menggamit persoalan,
Mampukah kiranya madrasah Ramadhan...
Membimbing diri beristiqamah dalam amalan?
Sudahkah cukup amalan dilakukan?
Sudahkah terampun segala dosa?
Sudahkah bersih nurani dan jiwa?
Sudahkah terlentur nafsu haloba?

Kini tiba hari kesyukuran,
Aidilfitri yang dinantikan,
Hari kemenangan nafsu dilawan,
Sesama kita maaf bermaafan...

Usah dicemar denagan kemaksiatan,
Usah dicalar dengan kebejatan,
Seolah lapar dahaga saja kedapatan,
Tanpa terpancar natijah iman...

Tasbih,tahmid dan juga takbir,
Memuji Illahi tak lekang di bibir,
Menginsafi diri hamba yang kerdil,
Di hadapan Tuhan yang Maha Adil.


"Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang ada di langit dan di bumi dan segala puji di akhirat bagi Allah.Dan Dialah yang Maha bijaksana, Maha teliti." (Saba':1)


27 August 2008

1 comment:
Nikmatnya Ramadhan...

Ramadhan...
Kau hadir kini,
Mengalir rohmu di denai nan seni,
Tersembunyi lagi tersusup rapi,
Di tiap denyutan jantung dan nadi.

Ya Ramadhan...
Hadirlah bersama tenang dan damai,
Agar hidup subur pabila disemai,
Kembang mekar pabila dituai,
Harum mewangi pabila dibelai.

Tenang, datanglah kau ke mari,
Damai, hadirlah dikau ke sisi,
Nikmatnya bila sentiasa di hati,
Syukur pada Illahi...

Alhamdulillah.

cahaya @ mulia
iium kuantan
ogos 08'

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya mengingati Allah hati akn menjadi tenang..." (Ar-Ra'd:28)

20 August 2008

Allah yang Beri Rezeki...

No comments:
Oleh:Ust. Zahazan Mohamed

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”. (riwayat Ahmad)

Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja.

Sabda Nabi yang antara lainnya bermaksud, “Ada di kalangan manusia yang diutus ke sesuatu tempat lalu mendapat tawaran itu dan ini. Baginda lalu bertanya, adakah kalau dia bukan memegang jawatan tersebut dan duduk di rumah, dia juga akan menerima apa yang didapatinya semasa jadi Gabenor?”

Secara umumnya rasuah itu adalah perolehan yang bertujuan untuk memberi kepentingan untuk yang memberinya bagi permudahkan sesuatu urusan pada masa akan datang. Antara punca gejala rasuah ini adalah kurang penekanan terhadap aspek Islam dalam soal dosa dan pahala.
Seseorang yang mempunyai kekuatan iman tidak akan mudah goyah apabila ditawarkan dengan pelbagai ganjaran sebagai rasuah.

Saya tertarik dengan satu kisah sewaktu para sahabat mahu membuka India. Pasukan tentera Islam ketika itu memang ramai. Apabila mendapat tahu ketumbukan tentera Islam menghampiri sempadan India, maharajanya datang.
Beliau menawarkan beberapa patung yang diperbuat daripada emas sebagai ganjaran untuk tentera Islam tidak menakluk India
.

Bagaimanapun, tentera Islam tadi dengan tegas menjawab, untuk keuntungan duniawi tawaran maharaja itu memang berbaloi tetapi ia tetap tidak dapat memenuhi keinginan nafsu. Soalnya, esok aku akan mati dan bila Allah bertanya nanti adakah aku boleh menjawab dengan patung-patung emas ini.
Peristiwa ini membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang mempunyai izzah atau kemuliaan diri sehingga mampu menolak rasuah oleh maharaja India itu.

Peristiwa ini membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang mempunyai izzah atau kemuliaan diri sehingga mampu menolak rasuah oleh maharaja India itu.

Kedua, kurangnya pembudayaan amal makruf nahyu mungkar. Sebagai manusia, kalau kita selalu diingatkan tentang halal haram, insya-Allah kita akan berwaspada mengenainya. Sebab iman kita ini ada turun naiknya.
Apabila ada budaya menegur begini, seseorang boleh menegur kesilapan orang lain. Ketiadaan sikap begini mungkin kerana kita terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Sebab ketiga, ada yang beranggapan rasuah menjadi tradisi. Maknanya, jika tidak buat maka kita tidak akan berjaya.

Keempat, berdasarkan kajian pihak yang terlibat hidupnya cukup daif. Pendapatan yang ada tidak cukup pun untuk keperluan asas. Sebab itu para fuqaha menyebut, kemiskinan itu hampir kepada kekufuran.

Keadaan sedemikian menyebabkan mereka terdedah kepada perlakuan rasuah. Sebab itu, saya meminta kerajaan membuat kajian tentang kos sara hidup kakitangan awam terutama yang berkhidmat di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Desakan hidup boleh mendorong seseorang melakukan rasuah.
Ramai membuat andaian antara sebab rasuah berleluasa adalah gaji yang kecil. Namun, hakikatnya yang berpendapatan tinggi juga turut menerima rasuah. Lalu apa penyelesaian bagi keadaan ini?


UST. ZAHAZAN: Satu cara untuk mengatasi kegawatan ini adalah melaksanakan menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.
Dalam perniagaan misalnya, rakan kongsi boleh menasihatkan rakan lain supaya carilah perniagaan yang halal walaupun yang haram (rasuah dan sebagainya) itu amat menggiurkan
.

Dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Nasai, “Sesungguhnya malaikat Jibril memberitahuku bahawa manusia tidak akan mati sehingga disempurnakan ajalnya dan memperolehi rezeki yang diperuntukkan kepadanya.

Maka, bertakwalah kepada Allah dan mintalah kepada-Nya. Janganlah kerana kelewatan datangnya rezeki itu menyebabkan kamu mengusahakan daripada yang haram kerana apa yang ada di sisi Allah itu tidak akan diperolehi melainkan dengan ketaatan kepada-Nya”.

Perlu juga diadakan gerak gempur melibatkan semua usahawan Muslim agar jangan terlibat rasuah. Ingatlah rezeki itu datangnya daripada Allah.
Pada masa yang sama, soal muraqabah (rasa Allah perhatikan kita) perlu diberi lebih perhatian terutama oleh golongan yang berjawatan penting.

Ingatlah amaran Rasulullah SAW, “Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”. (riwayat Ahmad)

Kadang-kadang kita berasa hairan mengapa anak kita tidak menjadi berbanding anak orang lain yang berjaya dalam pelajaran. Adakah sumber makanan daripada rasuah menjadi salah satu puncanya?

UST. ZAHAZAN: Memang benar. Makanan memainkan peranan penting dalam menentukan mustajab atau tidak doa kita kepada Allah. Sebab itu, dalam satu peristiwa, Rasulullah bersabda, Datang seorang musafir yang pakaiannya berdebu dan bermunajat kepada Allah. Tetapi bagaimana doanya mahu diperkenankan sedangkan pakaiannya bersumberkan haram, makanannya haram, cara dia dibesarkan pun bersumber perkara haram?

Seseorang yang membiasakan makan yang haram- ini bukan sahaja daging khinzir tetapi juga perbuatan yang salah di sisi Islam termasuk rasuah, maka rasa kelazatan beribadat akan dicabut daripadanya. Selain itu, doa dan amalannya juga ditolak.

Dalam mazhab Hanbali, kalau kita pakai baju yang diperolehi dari sumber haram, maka solat kita tidak sah. Bagaimanapun, dalam mazhab Syafie solat itu sah tetapi tidak sempurna dan solat itu tadi tidak mendapat markah yang tinggi.

IstidrajPada masa yang sama Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka”. (riwayat Baihaqi dan Tirmizi)
Apabila terlibat rasuah, kehidupan kita tidak akan tenteram. Mudah berlaku pergaduhan suami isteri dan perpecahan keluarga. Sebabnya tidak ada keberkatan.

Memang ada juga kes di mana orang yang terlibat maksiat itu hidupnya senang lenang, anak-anaknya bijak dan selamat hidup mereka. Tetapi ini disebut sebagai istidraj. Apabila disebut Allah mengistidrajkan hambanya-Nya, ia bermaksud setiap kami hamba itu membuat atau menambah kesalahan maka setiap kali itu juga Allah menambah atau membaharui nikmat-Nya ke atas hamba tersebut membuatkan hamba itu tadi merasakan dia disayangi dan lupa memohon ampun.

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu melihat bahawa Allah memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Baihaqi)

Bagi yang tidak mahu terlibat rasuah, adakalanya mereka menghadapi dugaan hebat apabila tidak mendapat kontrak, tender dan sebagainya. Dalam keadaan begini, bagaimanakah seharusnya akidah mereka?

UST. ZAHAZAN: Seperti yang disebutkan tadi, rezeki itu milik Allah. Tetapi kita gagal menanam dan menjelaskan hal ini kepada masyarakat.
Kalau mengampu sehebat manapun, jika Allah tidak mengizinkan kita tidak akan mendapat sesuatu projek atau tender. Sebaliknya, jika diizin Allah, biar manusia berhimpun menghalang, kita tetap akan mendapatnya.

Demikian Allah memberi gambaran semut yang hitam pada malam yang gelap sekalipun akan mendapat makanan apatah lagi manusia.
Apa yang perlu sentiasa kita tekankan adalah sebagaimana firman Allah:


Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepada-Nya kamu berserah.
(al-Baqarah: 172)

No comments:



Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan

Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba

Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya

Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana

Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini
Dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNYa

-UNIC-


MusicPlaylist
MixPod.com

23 July 2008

IIUM Kuantan Festival...I-QUEST

No comments:


As to let the world know about the nice campus of iium Kuantan, Student Representative Council of iium in conjunction with Dewan Perniagaan Melayu Negeri Pahang have organized I-Quest 08' which will be held on 15-17 August located at iium Kuantan Campus. With the theme of " Revealing Science Reviving Islam " may conclude, that we, as a vicegerent of Allah swt should empower our knowledge and our worldview through science as one of the method to revive Islam.

So let's come and join us in such ways to grab a lot of infomations and knowledge exspecially about science and Islam. There will be a lot of activities including stalls, ummatic week, exhibition, forum, time-attack challenge, futsal competition, archery, and many more..!
Your parents, relatives, cousin, friends, neighbours, grandfather, are also invited... :-) Please note in your diary...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal..." (ali-I'mran:190-191)

03 July 2008

What if ...???

No comments:

What if Allah couldn't take the time to bless us today because we couldn't take the time to thank Him yesterday?


What if Allah decided to stop leading us tomorrrow because we didn't follow Him today?


What if we never saw another flower bloom because we grumbled when Allah sent the rain?


What if Allah didn't walk with us today because we failed to recognize it as His day?


What if Allah took away the Quran tomorrow because we would not read it today?


What if Allah took away His Messenger because we failed to listen to His messenger?


What if the door of the mosque was closed because we didn't open the door of our heart?


What if Allah stop stopped loving & caring for us because we failed to love & care for others?


What if Allah would not hear us today because we would not listen to Him?


What if Allah answer our prayers the way we answer His call?


What if Allah met our needs the way we give Him our lives?


What if we failed to spread this message on???

13 June 2008

Apakah kecantikan seorang wanita ???

3 comments:

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah lipstik pada bibirnya.

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja bukan pada kulit mulus disinar cahaya warna.

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa bukan kerana bijak meruntuh iman kaum Adam di sana.

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak taat demi redha ibubapanya .

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami tercinta.

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi pergaduhan dan syak wasangka mertua.

Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak di kala suami diulit mimpi maya.

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cucunya.

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah agama.

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf ditangannya.

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektual menyala obor mewangi setanggi kerjaya.

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu Kekasih di atas sejadah.

Seremban
jun 08'

31 May 2008

LeLaKi IdAmAn WaNiTa...

No comments:
Seorang lelaki yang wanita idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang wanita idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang wanita idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Illahi

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu???

09 May 2008

MaK....Ku CinTa kAmU...

No comments:

SEBENING titisan embun pagi, secerah sinarnya mentari. Bilaku tatap wajahmu ibu, ada kehangatan di dalam hatiku. Air wuduk selalu membasahimu, ayat suci selalu dikumandangkan. Suara lembut penuh keluh dan kesah, berdoa untuk putera puterinya."

Negara malah dunia menjadi makmur, aman sentosa apabila memiliki ibu berkualiti. Dunia ideal yang tidak ada anak merempit, ketagih ganja dan syabu, lari dari rumah seperti yang kita dengar dan lihat hari ini baik di akhbar, majalah, radio, TV mahupun internet.

Teringat pula kepada Maryam, ibu Nabi Isa yang diabadikan kisahnya dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan ingatlah (wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: Wahai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu, dan telah memilihmu untuk beroleh kemuliaan melebihi perempuan seluruh alam yang sezaman denganmu. Wahai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu (Allah), dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama orang yang rukuk."

Ciri apakah yang ada pada Maryam sehingga dia dipilih Allah? Tentu sekali kerana ketakwaannya serta kekuatan ibadatnya kepada Allah. Begitu juga ibu Nabi Musa, Khadijah, Fatimah binti Rasulullah SAW, Asma' binti Abu Bakar dan wanita Muslimah lain yang dikenang sejarah. Semua mereka memiliki ciri ketakwaan unggul.

Ibu yang patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW serta menghayati ajaran Islam sudah tentu ciri itu diikuti anak mereka. Mereka melahirkan pemimpin dunia yang agung dan dikenang sepanjang zaman.

Ramai ibu hari ini berjaya menghasilkan jutawan, tokoh akademik, doktor, jurutera dan profesional pelbagai bidang. Apakah ini kayu ukur sebenar kejayaan seorang ibu? Kerana kita akan bertanya balik, berapa ramaikah anak yang berjaya ini menjadi penjenayah kolar putih, kolar biru dan berapa mensia-siakan hidup mereka.

Nilai kejayaan dan kecemerlangan ibu perlu dilihat daripada kejayaan anak yang pintar ilmu, emosi dan spiritual. Satu nilai yang mengambil kira nilai dunia dan akhirat ialah takwa. Jika anak itu menjadi pekerja tidak kira berpangkat atau sebaliknya, biarlah mereka menjadi pekerja yang bertakwa kerana ia adalah kejayaan buat ibunya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa." (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Kata-kata hikmat bahawa 'tangan yang menghayun buaian itu boleh mengubah dunia' mengajak kita ibu berazam untuk menjadi ibu mithali yang akan mencorakkan generasi unggul pernah disaksikan sejarah suatu ketika dulu.

04 May 2008

Hati ini milik siapa ???

No comments:
Hati ini milik siapa???
Terkadang aku tertanya…
Apa? Mengapa? dan Bagaimana?
Ah…bingung aku dibuatnya..

Ternyata aku lemas dengan semuanya…
Biar saja kulempar ke sana…

Namun apakah hakikat sebenarnya?
Hati ini..hati itu..YA,itulah hati manusia..
Hati yang kotor penuh noda..
Jarang dicuci dengan kalimah suci…
Benci,sombong,riak dan takbur..tersemat rapi…
Kerna semua itu dianggap sakti..
Hingga sayang diusir pergi..

Hati ini milik siapa???
Kini kumakin hampir pada jawapannya..
Jawapan jitu yang pasti sudah..
Maka jawabnya..hati ini milik ALLAH...
Milik Pencipta pemberi SAKINAH…

Ya Rahman..
Kerinduan pada-Mu melahirkan hati yang rela berkorban,
Ketaatan pada-Mu melahirkan hati yang penuh kesungguhan

Kecintaan pada-Mu melahirkan hati yang penuh kesyukuran,
Lantas itu..ku merayu pada Mu Tuhan...
Letakkanlah hati dan jiwa ini dalam satu lingkungan…
Yakni,lingkungan RAHMAT dan kasih sayang-Mu Tuhan…


cahaya @ mulia
UIAM, Petaling Jaya
nov.07'

02 May 2008

Niat..kerja dan ihsan...

No comments:
Alangkah cantiknya jika kita dapat seragamkan antara niat dengan budaya ihsan dalam pekerjaan. Jika ini berlaku, maka keseragaman niat antara pekerja dan pengurusan terhasil. Apabila niat dan ihsan dilestarikan, kita bekerja dan mengambil pekerja yang memasang niat mencari keredaan Allah untuk meningkatkan produktiviti dan menjamin keharmonian sesebuah organisasi.
Niat adalah asas dalam konsep ihsan dan Islam memberi perhatian berat terhadap peranan manusia dalam meningkatkan kualiti daya pengeluaran dengan membudayakan konsep ihsan ini.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, pada suatu hari Rasulullah SAW muncul di antara kaum Muslimin. Lalu datang seorang lelaki dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah iman itu? Rasulullah SAW menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah SAW menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak sekutu-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa pada Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah ihsan itu? Rasulullah SAW menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu."
Maksudnya, setiap saat kita bekerja, kita buat sebaik mungkin, dengan hati dan semangat, kerana kita sentiasa berasa kehadiran Allah yang memerhati setiap perkataan dan perlakuan dalam pekerjaan kita.

Syed Abu Ala Maududi dalam risalahnya Guidelines For Islamic Workers memberi panduan berhubung membudayakan 'ihsan' dalam pengurusan iaitu:

-Mengaitkan pekerjaan dengan beribadah kepada Allah supaya pekerjaan dilakukan sentiasa berada dalam landasan syariat, tidak melakukan perkara haram.


-Membuat yang terbaik untuk mendapat balasan setimpal pada hari akhirat dan sekali gus mendapat imbuhan daripada majikan yang seronok dengan pencapaian sempurna kerja kita
Elak bersifat takbur.

- Tidak memperlekeh rakan sekerja apabila kita berjaya melaksanakan pekerjaan dengan cemerlang.

-Mengambil berat kebajikan keluarga sendiri dan rakan sejawat kerana ia menjadi asas pertumbuhan dan keharmonian tempat kerja.

-Saling bantu membantu dengan semangat setia kawan dan kerja berpasukan untuk kebaikan bersama.


-Memberi teguran dan pengajaran secara membina bagi mengatasi kelemahan di tempat kerja.
Patuh dan taat melaksanakan piawaian yang dipersetujui serta peraturan ditetapkan majikan di tempat kerja.

Namun, konsep ihsan bukan sekadar melaksanakan hak Allah, organisasi, pekerja dan masyarakat umum, malahan ia mencakupi hak haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Mereka yang mengamalkan budaya ihsan akan memperoleh dua ganjaran iaitu ganjaran daripada Allah dan juga daripada alam serta manusia.

Firman Allah bermaksud: "Berbuat baiklah kepada makhluk Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dengan kurniaan nikmat yang melimpah ruah dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77)

01 May 2008

Kasihnya ibu...

No comments:
Seorang anak mendapatkan ibunya yang
sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya. Kos upah
membantu ibu:-

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,
dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.