14 May 2009

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2] ...

No comments:

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2]
[23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H]


Anjuran


PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

dan

Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


OBJEKTIF

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.


TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.


TARIKH & TEMPAT

23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi


SASARAN


Seramai 150 orang yang terdiri dari:

* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang


YURAN

RM 15 [INDIVIDU]


MODUS OPERANDI

Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah). [DIJUAL PADA HARI KEJADIAN]


(Talaqqi kitab/Pembentangan/)


TENTATIF PROGRAM


Sabtu (23/05/2009)


7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran


8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM


9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).


10:45 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor


2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (1).


4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (2).


6:00 petang : Makan Malam


7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’


9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Penjelasan Bid'ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).


10:00 malam : Minum malam & Berehat



Ahad (24/05/2009)


4:00 pagi : Qiamullail


6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi


8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


10:30 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM


1:00 tghari : Makan Tengahari


2:00 petang : (Check-out)


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

Saudara Ikhram Husin [019-3731744]

Saudari Izzah Khanani [013-2197192]


...MOHON SEBARAN...

09 May 2009

Kerja oh Kerja ...

8 comments:

Alhamdulillah...
Selepas sihat daripada demam + batuk + selesema selama seminggu, saya diterima bekerja sementara di sebuah klinik. Sebenarnya saya harus bermula kerja lebih awal iaitu pada 29 April 2009 sebagai tempoh latihan. Namun kesihatan tidak mengizinkan. Mujur dapat kebenaran untuk mula bekerja sedikit lewat. Kata mak, belum mula kerja lagi saya dah jatuh sakit...Memang terasa amat lemah badan saat sakit tu. Sesuap nasi pun susah nak habis. Tapi saya anggap, itulah kifarah (penghapus) dosa-dosa saya.



Hari pertama berkerja, saya diperkenalkan dengan lebih 100 jenis ubat. MasyaAllah, puas juga nak hafal. Maklumlah, baru nak elok demam, dah kena hafal jenis dan nama-nama ubat. Pening juga dibuatnya. Tapi, kata pekerja lama, mula-mula memang susah, lama-lama nanti mesti o.k... Antara tugas sebagai pembantu klinik, kami bertanggungjawab untuk memberi ubat yang telah ditentukan oleh doktor kepada pesakit. Jika tersalah bagi ubat, bahaya tu..! Inilah antara ubatnya...huhu.


1. sy. augmentin- antibiotik

2. sy. bena- ubat batuk

3. sy. actified- ubat selesema

4. sy. peadicof- batuk/ selesema (kanak-kanak)

5. sy. mendicof- batuk/ selesema (dewasa)

6. sy. pcm- ubat demam

7. sy. asmalin- ubat batuk/ cair kahak


8. sy. polarax- ubat gatal

9. sy. ventolin- ubat asma

10. sy. maxolon- ubat tahan muntah

11. simcone- ubat angin

12. buscopan- ubat sakit perut

13. lomotil & loperax- ubat cirit-birit

14. ponstan- ubat tahan sakit

15. piriton- ubat gatal

16. prednisolone- ubat alahan

17. difflum- ubat sakit tekak


18. cirrus & fenfedrin- ubat selesema

19. cetrizin & atarax- ubat alahan

20. celestamine- ubat alahan/ ubat gatal


21. cuplaton, gascoal, eucarbon, motilium & dulcolex- ubat angin

22. ors- air garam

23. ciprin, cloxa, ceporex, utibid, flagyl, doxy, bactrim & klacid- antibiotik

24. voren, indocid, panadine, uracalun, synflex, feldene & tramadol- ubat tahan sakit

25. cystone- ubat lawas kencing

26. pilex- ubat buasir

27. novomin, maxalon, becoloxin- ubat tahan muntah

dan banyak lagi ..............!

Apa pun, setiap hari, saya harus mengingatkan diri agar sentiasa membetulkan niat (refresh) supaya beroleh keberkatan dan perlindungan daripada Allah swt, insyaAllah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)


06 May 2009

Hikmah Solat Sunat ...

No comments:





Mengerjakan solat adalah amalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah dan solat sunat dapat menutup kekurangan yang mungkin wujud ketika menunaikan solat fardu. Keutamaan solat sunat dibahaskan secara terperinci dalam buku Panduan Solat Sunat Cara Nabi.



Banyak kelebihan menunaikan solat sunat, selain menutup kekurangan solat fardu, mereka yang memperbanyakkan solat sunat menjadi ahli syurga, darjatnya ditinggikan serta menghapuskan dosa lalu, dicintai Allah dan mencegah perbuatan dilarang. Solat sunat rawatib yang didirikan sebelum dan sesudah solat fardu lima waktu mempunyai fungsi berbeza.


Contohnya, solat sunat rawatib qabliyah dilakukan sebelum solat fardu untuk menenangkan jiwa supaya dapat khusyuk ketika solat. Solat sunat selepas solat fardu, rawatib ba’diyah menyempurnakan kekurangan yang mungkin ada dalam solat fardu didirikan sebelumnya.


Bab solat sunat turut membicarakan surah yang pernah dibaca Rasulullah SAW sebagai ikutan umat Islam berdasarkan nas yang sahih. Malah, buku ini turut membimbing cara mendirikan solat sunat. Ternyata solat sunat mempunyai keistimewaan terutama kepada mereka yang sudah menjadikan ia amalan.


Kenikmatan yang dirasai selepas menjalinkan hubungan secara langsung dengan Allah tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya mereka yang tahu perasaannya. Bagi mencapai maksudnya, sudah tentu setiap amalan itu hendaklah dilakukan dengan sempurna dan bagi yang masih tidak memahami keperluan solat sunat serta cara melaksanakannya, boleh merujuk buku Panduan Solat Sunat Cara Nabi.


Mungkin masih ada yang belum faham apa yang dimaksudkan dengan solat witir yang membawa maksud jumlah ganjil iaitu tiga, lima serta seterusnya. Solat yang dikatakan sebagai penutup bagi solat malam juga sering menimbulkan kekeliruan. Buku ini cuba menjelaskan apakah maksud solat witir berdasarkan dalil disyariatkan, tatacara pelaksanaan serta hukum berkaitan seperti membaca qunut dalam solat witir.


Tidak dinafikan, ada perbezaan pendapat dalam perbahasan fekah dan ia turut diketengahkan penulis buku Panduan Solat Sunat Cara Nabi supaya dapat memberi kefahaman kepada pembaca yang mungkin pernah membaca mengenainya. Bukan semua solat sunat dibincangkan dalam buku ini kerana penulis memfokuskan solat sunat yang disandarkan kepada hadis yang sabit daripada Rasulullah SAW sesuai tajuknya bersolat menurut cara Rasulullah SAW.


"Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 21)