14 November 2013
S.Y.U.K.U.R
18 October 2013
Aku Cinta Buku
Subhanallah, lihat cover buku sahaja sudah jatuh cinta.
Apatah lagi penulisnya adalah salah seorang sumber inspirasi saya, Prof. Muhaya Mohamad.
Tak belek lama pun, selak sikit, terus decide nak beli.
Buku ni sangat membantu kita menjadi 'orang baru'. Hah, macam mana tu...?
Ada la panduan dalam tu. Saya sedang nak cuba la ni. Jom cuba sama- sama... =)
Kemudian, nampak pula buku lain. Semakin lama saya di kedai buku, semakin banyak buku yang saya nak beli.
Fuhh....!
Tapi, tak mengapa.
Saya tak kisah spent duit untuk buku.
Tak rugi.
Bagi saya antara harta yang boleh diwarisi adalah buku.. =)
So, let's enjoy reading... =)
17 October 2013
Korban daging vs Daging korban
12 Zulhijjah 1434 H. Hari kedua Tasyrik. Ini kali pertama saya masak daging korban di dapur sendiri. Sebelum berkahwin, hanya mampu melihat ayah memotong daging kemudian menolong mak masak rendang daging. Kali ini, saya sendiri berpengalaman memotong daging dan masak sendiri daging tersebut.
Suami minta masak beriani. Wow... nasi beriani tu....!
Hampir 1 jam untuk potong sahaja. Subhanallah. Ternyata bukan senang. Hm... mungkin kerana saya tak biasa. Dalam hati kata, "saya memang tak tahu potong daging"...huu.
Tapi, teringat sifu Dr. Azizan Osman kata, "Lebih baik tukar daripada kata TAK TAHU kepada MACAM MANA SAYA NAK TAHU......."
Jadi, kita tukar ye, "Macam mana saya nak tahu cara potong daging yang betul...?"
Lalu, encik suami pun dengan tabahnya menunjukkan cara. "Potong melintang daripada urat daging."
"Hah..? Macam mana tu?" Soal saya kembali.
"Macam ni." Beliau terus ambil pisau dan potong kan... =)
Alhamdulillah, terima kasih.
24 January 2013
Dia Hanya Manusia
15 November 2012
1434 H
08 November 2012
Syukur dari Kemboja
Saya agak terkedu apabila sebuah bilik di penjara menyimpan timbunan tengkorak manusia yang disiksa dangan kejam sehingga mati. Tengkorak tersebut pernah disusun oleh Pol Pot bagi memenuhi lakaran peta Kemboja.
Selepas lawatan ke penjara Tuol Sleng, pasukan kami yang diketuai oleh Prof. Kamaruzaman Wan Su, berpeluang tinggal bersama- sama penduduk kampung Yol yang beragama Islam. Sekali lagi saya diuji rasa syukur. Saya lihat hidup mereka sangat daif jika dibandingkan dengan rakyat di Malaysia yang rata- rata mewah dengan makanan mahupun pakaian. Di sana, masih ramai anak- anak kecil berlegar- legar tanpa pakaian.Saya amat tersentuh apatah lagi bila mengenangkan mereka adalah saudara seakidah. Usahlah kerana kefakiran mereka menjadikan mereka kufur atau jahil dengan agama.
Saya juga ligat berfikir, mengapa tahap kebersihan dalam kalangan mereka kurang? Walhal Islam itu indah dan bersih.
Mengapa mereka berebut- rebut sewaktu sumbangan diedarkan walaupun hanya sebatang pensel? Walhal Islam mengajar supaya kita bersabar dan menghormati antara satu sama lain.
Lagi, mengapa mereka lebih memilih untuk menerima berbanding memberi?
Lihatnya seolah- olah ramai yang lebih suka menanti sumbangan yang berupa makan, pakaian dan lain- lain. Namun, jika mereka bersatu untuk kemajuan antara satu sama lain, pasti lebih banyak memberi keuntungan kepada diri mereka mahupun kepada agama.
Sungguhpun begitu, saya tidak menafikan bahawa ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Namun, jumlahnya masih kecil. Lalu, saya mencapai satu kunci kepada kebahagiaan dan kejayaan iaitu ilmu. Rasul tercinta juga pernah bersabda, "Jika kamu ingin bahagia di dunia, hendaklah berilmu. Jika kamu ingin bahagia di akhirat juga hendaklah berilmu."
Misi kemanusiaan selama 7 hari itu disulam dengan aktiviti utama iaitu berkhattan bagi kanak- kanak lelaki. Salah satu pengalaman menarik di Kampung Chongkoh adalah melaksanakan khattan di dalam rumah bot. Ya, bot itulah rumah mereka. Rumah itulah bot mereka. Kami menumpang beberapa buah bot untuk menjalankan khattan. Syukur segalanya lancar walaupun agak mencabar melaksanakan di ruang yang sempit dan gelap.
Pada penghujung misi, kami berkesempatan berkenalan rapat dengan keluarga Ustaz Hasan al- Basri yang juga merupakan aktivis dalam Persatuan Islam Kemboja di rumahnya sambil menikmati jamuan makan malam berlaukkan 'lembu panjat bukit'. Gambar kenangan juga dipotretkan di rumah beliau sebagai tanda kenangan bagi Misi Kemanusiaan ke Kemboja UIAM Kuantan 2012. Misi itu menjadi satu pengertian syukur yang besar buat kami semua.
30 October 2012
Sebuah Persahabatan

Kini kuamati,
Bertapa bernilainya ukhwah kita
Salah faham, gurau senda menjadi rencah rasa
Kini kurindui,
Saat kecil mengenal hati budi
Mencari kesefahaman dalam diri
Kini kuhargai,
Nilai ukhwah kerana Illahi
moga dipertemukan di syurgaNya nanti, ameen.
09 October 2012
Ada Apa dengan Graduasi...?
Mak pula excited membetulkan butang.
Hatiku bahagia melihat ibu bapaku bahagia. Allah, rahmatilah mereka. ameen.
__________________________________________________________________
Graduasi. Apa maknanya pada anda?
Saya yakin kita semua punya makna yang berbeza.
Ada rakan yang sangat berdebar menantikannya.
Ada pula yang biasa- biasa saja.
dan...
Ada juga yang memilih untuk tidak hadir pada tarikhnya.
Namun, bagi saya graduasi punya makna tersendiri. Saya sedia berkongsi.
Hari graduasi atau Convocation Day pada saya adalah hari me'rai'kan sebuah kejayaan.
Kejayaan itu pula banyak definisinya.
Pada saya, kejayaan bukan hanya diukur pada CGPA semata- mata.
Mari luaskan skop kejayaan dengan melihat kesungguhan kita menyiapkan tugasan, keikhlasan kita mendengar celoteh pensyarah, keupayaan melengkapkan Final Year Project, ketahanan daripada meniru dalam peperiksaan, kesungguhan menepis virus ponteng kelas dengan sengaja dan banyak lagi.
Pendek kata, kejayaan dalam membentuk sikap. Sikap yang akan membentuk jati diri.
Apa makna graduasi jika tiada hormat pada guru, ponteng lagi meniru demi CGPA kelas satu..?
Muhasabah untuk diri saya juga bakal- bakal graduan nanti. Manfaatkan masa di IPT. Bentuk jati diri graduan sejati =)
22 August 2012
R-I-N-D-U
Saya rindu. Serius. Saya rindu dengan blog ni.
Saya membaca semula perkongsian- perkongsian lepas.
Terasa segar kembali. Umpama siraman air merenjis ke pipi.
Saya rindu untuk menulis. Saya rindu untuk 'memberi' dan berkongsi.
Jadi, tunggu apa lagi...?
"Tulislah..!" (hati kecil menjerit)
........................................................
Sedikit perkembangan terkini.
Alhamdulillah, kini saya sudah tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan.
Seronok je bunyinya kan..? Tapi tanggungjawab BESAR sedang menanti saya di luar sana.
Allahu Akbar.
Syukur. Saya juga sedang berkhidmat dengan Health Medic Research Sdn. Bhd. Melaksanakan ujikaji yang bersangkut paut dengan kulit. Ujikaji dibuat ke atas haiwan (arnab & tikus belanda) dan juga ke atas manusia.
Seronok. (^-^)
Si comel arnab dan tikus belanda adalah kawan baru saya.
..........................................................
Saya berhajat untuk berjumpa kalian di 'halaman' lain.
Mohon doa dan restu kalian supaya saya mampu menghasilkan karya pada buku pula, insyaAllah.
Baiklah sahabat- sahabat semua, moga kita ketemu lagi ya.
Mahu mencari idea, idea dan idea.... =)
26 December 2011
Manisnya Sebuah Kejayaan...

16 December 2011
Memberi vs Menerima

"saya tak puas hati sebab saya tak dapat hak saya..!"
mungkin kita biasa mendengar penyataan seumpama ini.
apa yang anda fikirkan pada awalnya..?
hak apa yang dituntut?
siapa yang tertindas?
siapa pula yang menindas..?
dan lain- lain...
hakikatnya, hampir setiap saat manusia bergolak demi mempertahankan hak.
kadang- kadang sehingga kepada mengancam nyawa.
.........................................................................................................
bayangkan jika ramai manusia lebih berfikir untuk 'memberi' daripada hanya 'menerima'...
"saya rasa bertanggungjawab untuk membela anak yatim ini."
"kami rasa terpanggil untuk membantu mangsa banjir di pantai timur"
"aku rasa perlu untuk berkongsi keindahan Islam bersama orang bukan Islam."
natijah...? (pasti berbeza dengan situasi pertama tadi)
dengan 'memberi', hati rasa bahagia.
dengan 'memberi', tiada hati yang terluka.
dengan 'memberi', sama- sama peroleh rahmatNya.
dan pastilah 'pemberian' yang bermakna jika diniatkan kerana DIA.
28 November 2011
Salam Kemaafan
Maaf15 June 2011
Bulat, Petak atau Bujur?

Betul lakaran, betullah hidup kita. Indah lakaran, indahlah hidup kita.
Pilihlah Warna
02 June 2011
Doktor gigi di dasar laut???

Tahukah anda, ada seekor udang yang berperanan laksana doktor gigi yang menyediakan perkhidmatan percuma di ‘klinik’ (cleaning station) untuk membersihkan mulut ikan- ikan besar serta belut laut dengan memakan sisa- sisa makanan yang melekat pada mulut haiwan. Udang tersebut lebih dikenali sebagai Lysmata amboinensis yang mempunyai jaluran merah dan putih atau tompokan berwarna di badannya.

Lysmata amboinensis yang hanya bersaiz 6 cm - 8 cm sangat berani mendekati haiwan yang lebih besar daripadanya demi membersihkan badan, mulut atau insang ikan dan juga belut laut dengan menjadikan parasit seperti, serta bakteria, virus, protozoa, cacing, serta sel - sel yang sudah mati sebagai makanan atau nutrien tambahan. Selain itu, jika di dalam akuarium, Lysmata amboinensis juga sering menawarkan perkhidmatan percuma dengan membersihkan segala kotoran yang melekat pada mana- mana alatan di dalam akuarium tersebut.

Lysmata amboinensis dan Simbiosis
Pada tahun 1879, seorang botanis Jerman, Heinrich Anton de Bary menyatakan, simbiosis bermaksud suatu bentuk interaksi atau jalinan hidup antara dua organisma yang berbeza. Lysmata amboinensis hidup secara simbiosis sama ada pada badan ikan, belut laut mahu pun batu karang. Cara hidup begini sangat menguntungkan bagi kedua- dua pihak iaitu kepada Lysmata amboinensis juga kepada perumah. Lysmata amboinensis akan mendapat nutrien tambahan daripada perumah seperti belut laut (Gnathophis nystromi nystromi), manakala Gnathophis nystromi nystromi pula akan selamat daripada sebarang gangguan parasit.

Lysmata amboinensis dan Sifat Bersih
Jika kita mampu menilai daripada mata hati bahawa seekor udang yang dijadikan tanpa akal tetap mempunyai nilai dalam hidupnya iaitu cinta akan kebersihan, bagaimana pula dengan manusia yang dijadikan Allah jauh lebih sempurna iaitu berserta jiwa agar mampu merasa, dan berserta akal agar mampu berfikir untuk mengambil iktibar daripada setiap kejadian makhluk ciptaan- Nya. Maka, nilai terbaik yang boleh dipelajari daripada Lysmata amboinensis adalah cinta akan kebersihan seperti dalam surah at- Tawba’ Allah s.w.t telah berfirman, “Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.” (9:108)
Fakta Menarik tentang Lysmata amboinensis
•Lysmata amboinensis akan salin kulit setiap 3- 4 minggu.
•Lysmata amboinensis juga sangat jinak dan kurang agresif berbanding haiwan ornamental yang lain.
•Lysmata amboinensis dibela sebagai haiwan pembersih, bukan untuk dimakan.
20 May 2011
Taufik wa Hidayah...

05 April 2011
an- Naml...

02 April 2011
Sampaikanlah...

Bukankah membuat kebaikan itu satu ibadah?
10 January 2011
Ukhwah Semanis Kek...

13 November 2010
Selamat Lahir ke Dunia...
09 November 2010
Seadanya...
















