Sebiji epal
Apakah 'big picture' dalam hidup anda?
Betul lakaran, betullah hidup kita. Indah lakaran, indahlah hidup kita.
Pilihlah Warna
'Bentuk' apa yang anda 'lakar' untuk hidup anda? Bulat? Petak? Bujur?
'Warna' apa yang anda pilih untuk hidup anda?
Cuba bayangkan ada sebiji epal di depan mata. Bentuk apa agaknya? Warna apa tampaknya?
Pasti jelas. Bentuk bulat. Warna merah atau hijau.
Melakar Rajah
Masih terngingang di telinga saya dalam satu temu bual bersama Prof. Dr. Muhaya di radio ikim.fm yang membicarakan tentang Islam Itu Indah. Dalam siri temu bual itu, saya amat terkesan apabila Prof. Dr. Muhaya menyentuh soal 'big picture' kehidupan.
Selama usia ini, pernahkah terlakar jelas bentuk, warna dan sebagainya akan kehidupan kita? Bagaimana hidup mahu dijalani? Bagaimana hidup ini mahu diurusi? Dan bagaimana pula perancangan selepas mati?
Indahnya Islam ini, dengan membimbing umatnya supaya mempunyai matlamat mahupun perancangan hidup yang jelas hatta selepas mati seperti mana jelasnya melihat sebiji epal tadi. Maka sudah tentu ke'jelas'an 'rajah' itu bergantung kepada kita yang melakar, dan mewarnanya.
Betul lakaran, betullah hidup kita. Indah lakaran, indahlah hidup kita.
Pilihlah Warna
Jadi, sebagai manusia berakal, kita bebas memilih warna. Warnailah hidup kita berpandu al- Quran dan Sunnahnya. Selamat di dunia, selamat di akhirat sana.
'Big Picture' kehidupan seorang Muslim:-
1. Gapai redha Allah
2. Buat apa yang Allah suruh
3. Tinggal apa yang Allah larang
4. Tuju husnul khatimah
Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa, maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan"
Kemudian sesudah itu akan datang 7 tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit) kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang akan kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan
(dengancukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur.
(Yusuf: 47- 49)
No comments:
Post a Comment