Saya rindu. Serius. Saya rindu dengan blog ni.
Saya membaca semula perkongsian- perkongsian lepas.
Terasa segar kembali. Umpama siraman air merenjis ke pipi.
Saya rindu untuk menulis. Saya rindu untuk 'memberi' dan berkongsi.
Jadi, tunggu apa lagi...?
"Tulislah..!" (hati kecil menjerit)
........................................................
Sedikit perkembangan terkini.
Alhamdulillah, kini saya sudah tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan.
Seronok je bunyinya kan..? Tapi tanggungjawab BESAR sedang menanti saya di luar sana.
Allahu Akbar.
Syukur. Saya juga sedang berkhidmat dengan Health Medic Research Sdn. Bhd. Melaksanakan ujikaji yang bersangkut paut dengan kulit. Ujikaji dibuat ke atas haiwan (arnab & tikus belanda) dan juga ke atas manusia.
Seronok. (^-^)
Si comel arnab dan tikus belanda adalah kawan baru saya.
..........................................................
Saya berhajat untuk berjumpa kalian di 'halaman' lain.
Mohon doa dan restu kalian supaya saya mampu menghasilkan karya pada buku pula, insyaAllah.
Baiklah sahabat- sahabat semua, moga kita ketemu lagi ya.
Mahu mencari idea, idea dan idea.... =)
"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa"
(Surah Asy-Syams ayat 7-8)
1 comment:
salam,cantik blog akak:)..owh,dah keje,patut r susah ckit nak jumpa ea. smg terus berdakwah kak..mungkin ada ibrah dari 'kawan-kawan baru' akak, boleh la kongsi..
R-I-N-D-U A-K-A-K
Post a Comment