Mood peperiksaan
Suasana terkini, rakan- rakan saya sedang usaha untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester. Saya juga tak terkecuali.
Dalam usaha membuat persediaan, pasti semua sentiasa berdoa dan sy juga bermohon supaya Allah permudahkan urusan saya, supaya Allah dorong saya untuk ikhlas berusaha keranaNya, supaya menunjukkan saya cara berusaha yang diredhaiNya, supaya memberi kekuatan kepada saya untuk sentiasa bersangka baik kepadaNya.
Namun, adakalanya saya berfikir seketika.
Adakah kerana usaha semata, kita berjaya...?
Ada yang berkata "YA".
dan ada juga yang berkata "TIDAK".
tp, saya kata "DUA- DUA".
"Ya", kerana memang usaha sebagai prasyarat untuk berjaya.
"Tidak", kerana usaha bukan satu- satunya syarat untuk berjaya.
Syurga vs Kejayaan
Pernah dengar kisah seorang wanita pelacur yang masuk syurga kerana memberi minum seekor anjing?
Atas usaha sematakah beliau dapat masuk syurga? atau kerana rahmat dan kasih sayang Allah?
Jadi, bolehkah jika saya katakan, jika kita berjaya juga atas rahmat dan kasih sayang Allah?
Jika mahu ukur atas usaha sahaja, saya fikir amatlah sedikit sebenarnya. Namun, kita tetap harus berusaha kerana itulah kunci untuk 'buka' pintu RahmatNya.
Usaha dan ikhlas
Maka saya fikir, usaha yang perlu dalam diri saya adalah tingkatkan kualiti 'ikhlas berusaha' keranaNya. Usaha yang berserta hala tuju, mengatur gerak kerja, memenuhi hak- hakNya, memelihara hubungan dengan sahabat dan rakan, mengguna masa sebaiknya juga termasuk dalam meningkatkan kualiti 'ikhlas berusaha' keranaNya.
Walaupun hakikatnya saya akui bukan mudah. Banyak perkara harus dikorbankan. Namun, demi rahmat Allah yang didambakan, takkanlah semudah ABC je kan..?
p/s: buat teman, rakan, sahabat dan kenalan saya, mohon maaf zahir dan batin ye.. =)
p/s: semoga persiapan kita untuk menghadapi peperiksaan selari juga dengan persiapan kita untuk menghadapi kematian. (dan kehidupan selepasnya.), inshaAllah.
"Tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sedikit."
(al- Isra: 85)
No comments:
Post a Comment