05 April 2011

an- Naml...


**an- Naml = semut


"Mana datangnya semut ni?" Rungut saya sendirian.


Puas saya mencari punca titian mereka. Tak jumpa.


"Apa la yang dikerumunnya? Nak kata ada benda manis dilantai, tiada pula."


Saya bingung beberapa hari.


"Apa la hala tuju semut hitam ini? Kenapa memilih untuk mendiami comparment saya?" Hati saya berbisik lagi.


Setelah hampir seminggu...


"Aik, semut masih tinggal di sini?"


Rasa rimas pun ada. Rimas berkongsi tempat tinggal barangkali.


Kadang- kala mereka berlari- lari di key board lap top saya. Kadang- kala main nyorok- nyorok pula di dalamnya.


Dan...

... yang paling saya khuatir, semut 'menyorok' dalam makanan/ minuman saya. Tak pasal- pasal mereka kena 'menetap' dalam perut nanti. Kemudian, kesannya PELUPA. (nauzubillah)


Namun, suatu pagi, saya terpaku kaku. Terpaku melihat semut- semut itu bangun lebih awal daripada saya. Asalnya berniat tahajjud, lalu menjadi subuh sahaja.


Tiba- tiba terasa malu sendiri. Semut- semut itu ber'tahajjud'kah pagi tadi? Awal- awal pagi sudah ke sana- ke mari.


Saya masih cuba untuk mengekori. Mahu siasat apa yang dikerumuni.


Setelah beberapa lama, tak jumpa juga. Lalu saya berhenti mencari.


"Agaknya, semut itu suatu 'teguran'/ peringatan Tuhan untukku."


Semut. Rajin tak jemu. Malas tak ketemu.


Subhanallah. Sejak itu, saya rasa begitu bahagia dengan kehadiran semut- semut yang rajin itu. (tak jadi nak marah.. huhu)


p/s: Wahai semut, ajak la kawan- kawanmu yang lain juga... (",)


Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba- hambaMu yang saleh." (an- Naml: 19)


No comments: