Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

28 November 2011

Salam Kemaafan

No comments:
Maaf

Salam kemaafan buat teman- teman pembaca. Sudah lama tidak muncul. Sebenarnya, saya terlupa 'username' dan 'password' yang tepat untuk blog ini. (wah, mudahnya memberi alasan) Alhamdulillah, hasil cubaan beberapa kali (sangat banyak kali sebenarnya), berjaya juga akhirnya.


Kini kembali

Alhamdulillah, syukur. Gembira bertemu kalian semula dalam wacana ini. Jadi, saya harus belajar untuk lebih menghargai dengan cara lebih aktif ber'kongsi'. Berkongsi rasa, pandangan mahu pun pengalaman. (mudah- mudahan, insyaAllah)


Ibrah dan pengajaran

Saya mengalu- alukan teman- pembaca untuk memberi sebarang cadangan penambahbaikan blog ini atau kritikan membina dan sebagainya. Malah, kalian juga bole berkongsi apa- apa ibrah/ pengajaran dari blog ini kepada teman- teman yang lain... =)


"... berpesan pesan dengan kebenaran, berpesan- pesan dengan kesabaran."
(al- Asr: 3)

25 August 2009

PKPIM 5 Darsawarsa ...

No comments:

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ...


Sejarah penubuhan dan pelaksanaan gerakan pelajar Islam ...


Rentetan peristiwa sepanjang 5 dekad ...

Berhasrat untuk mendapatkannya???


Boleh hubungi:

013- 6282505
(Sdr. Lina Mursyidah)

14 May 2009

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2] ...

No comments:

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2]
[23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H]


Anjuran


PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

dan

Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


OBJEKTIF

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.


TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.


TARIKH & TEMPAT

23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi


SASARAN


Seramai 150 orang yang terdiri dari:

* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang


YURAN

RM 15 [INDIVIDU]


MODUS OPERANDI

Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah). [DIJUAL PADA HARI KEJADIAN]


(Talaqqi kitab/Pembentangan/)


TENTATIF PROGRAM


Sabtu (23/05/2009)


7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran


8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM


9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).


10:45 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor


2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (1).


4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Kitab Mukhtasor (2).


6:00 petang : Makan Malam


7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’


9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

Penjelasan Bid'ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).


10:00 malam : Minum malam & Berehat



Ahad (24/05/2009)


4:00 pagi : Qiamullail


6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi


8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


10:30 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM


1:00 tghari : Makan Tengahari


2:00 petang : (Check-out)


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

Saudara Ikhram Husin [019-3731744]

Saudari Izzah Khanani [013-2197192]


...MOHON SEBARAN...

25 April 2009

Blog yang 'Hebat' ???

No comments:

"Tolonglah ajar macam mana nak buat blog 'hebat' macam ini. Sederhana je tapi tetap 'hebat'..." -Drimba-

Alhamdulillah...

Segala puji hanya bagi Allah..

Sesungguhnya segala yang 'hebat' itu datang
nya daripada Dia yang Maha Hebat...

Bagi yang bertanya atau yang ingin tahu rahsianya, saya sedia berkongsi di sini. Moga beroleh manfaat daripadanya, insyaAllah.

Langkah 1
Pilih template anda. Mungkin di sini..
http://btemplates.com.. Kemudian, download.

Langkah 2
Buka page layout..



Langkah 3
Klik pada edit HTML.
Sila backup (copy) dulu widget-widget anda (kod html) dalam notepad.

Langkah 4
Upload xml template. Ingat, xml code sahaja ye...!

Langkah 5
Confirmation.
Kemudian klik pada CONFIRM & SAVE.


Langkah 6
Akhir sekali,
view blog anda.


Selamat mencuba...! (",)