Kelmarin. Semalam. Hari ini. Esok.
Setiap hari ada ilmu baru. Sama ada manusia itu mahu ambil tahu atau buat tak tahu.
Setiap ilmu pula terkandung ibrah (pengajaran). Sama ada manusia itu mahu ambil hikmah atau buat tak endah.
..............................
** Saya mohon maaf kerana agak lama tidak berkongsi 'ibrah' di sini. Saya yakin anda juga sudah semakin banyak belajar daripada 'hari' anda.
Apa yang pasti ibrah itu anugerah. ibrah itu hadiah. Allah menganugerahkan ibrah sebagai hadiah buat manusia bernama hamba.
Namun sayang, manusia alpa. Manusia leka. Tidak sedar hadiah ada di depan mata. Tersadai tidak ke mana. Terbiar tidak bermakna.
Ini juga ibrah buat saya. Dan ini juga 'hadiah' Tuhan buat saya. Mencari ruang, menyedia peluang. Peluang untuk para pembaca mendapat ibrah yang sama.
Walau bukan senang. Menapis kata, menyusun bicara agar butir hikmah bernafas dakwah. Namun, saya mahu terus cuba. Menghargai ibrah lalu berkongsi 'hadiah', insyaAllah.
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran."
(An Nahl:16)
No comments:
Post a Comment