13 November 2010

Selamat Lahir ke Dunia...



Arakian, perjalanan dimulakan...


Lipatan demi lipatan. Selitan demi selitan. Cubaan demi cubaan.


Perjalanan diteruskan...





Kini, sudah suku perjalanan...


Lipatan menjadi lentuk. Selitan menjadi bentuk. Cubaan demi cubaan.


Perjalanan diteruskan...





Lalu...


Hati berasa gagah. Leka menyusun arah. Mengorak langkah. Cubaan demi cubaan.


Teruskan lagi perjalanan...




Tiba- tiba...


Terhenti seketika. Terputus cara. terlepas punca.


Mahu mara atau berpatah semula?





Apa yang dirasai...


Begitu teruji sekali. Lipatan semakin tiada erti . Mahu saja membuang ke tepi.


Menyoal kembali, mahu mara atau berpatah semula?





Maka...


Berpatah semula untuk mara. Mencari punca. Membaiki cara. Cubaan demi cubaan.


Perjalan diteruskan...





Kini, hampir di hujung jalan.


Lipatan semakin men'jadi' setelah punca 'silap' dibaiki. Hati gagah kembali. Tersenyum sendiri.


Mahu akhiri perjalanan ini. Penuh erti. Penuh maknawi.




Alhamdulillah, selamat juga ketam ini lahir ke dunia. Saya mengambil masa hampir 4 jam untuk me'lahir'kannya sambil muhasabah sendirian. Mencuba adaptasi dalam kehidupan seorang insan.


Dalam hidup seorang insan, adakala terasa begitu gembira. Adakala terasa begitu terseksa. Gembira itu pasti ada sebabnya. Terseksa itu juga pasti ada puncanya.


Tidak salah berpatah semula untuk mencari punca di manakah silap kita. Belajar dari kesilapan itu lebih bermakna daripada tidak berbuat apa- apa.


Ikutilah langkah dan panduanNya. Agar selamat 'lahir' ke dunia...!


"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

(al- Insyirah: 5-8)


No comments: