24 January 2013
Dia Hanya Manusia
15 November 2012
1434 H
08 November 2012
Syukur dari Kemboja
Saya agak terkedu apabila sebuah bilik di penjara menyimpan timbunan tengkorak manusia yang disiksa dangan kejam sehingga mati. Tengkorak tersebut pernah disusun oleh Pol Pot bagi memenuhi lakaran peta Kemboja.
Selepas lawatan ke penjara Tuol Sleng, pasukan kami yang diketuai oleh Prof. Kamaruzaman Wan Su, berpeluang tinggal bersama- sama penduduk kampung Yol yang beragama Islam. Sekali lagi saya diuji rasa syukur. Saya lihat hidup mereka sangat daif jika dibandingkan dengan rakyat di Malaysia yang rata- rata mewah dengan makanan mahupun pakaian. Di sana, masih ramai anak- anak kecil berlegar- legar tanpa pakaian.Saya amat tersentuh apatah lagi bila mengenangkan mereka adalah saudara seakidah. Usahlah kerana kefakiran mereka menjadikan mereka kufur atau jahil dengan agama.
Saya juga ligat berfikir, mengapa tahap kebersihan dalam kalangan mereka kurang? Walhal Islam itu indah dan bersih.
Mengapa mereka berebut- rebut sewaktu sumbangan diedarkan walaupun hanya sebatang pensel? Walhal Islam mengajar supaya kita bersabar dan menghormati antara satu sama lain.
Lagi, mengapa mereka lebih memilih untuk menerima berbanding memberi?
Lihatnya seolah- olah ramai yang lebih suka menanti sumbangan yang berupa makan, pakaian dan lain- lain. Namun, jika mereka bersatu untuk kemajuan antara satu sama lain, pasti lebih banyak memberi keuntungan kepada diri mereka mahupun kepada agama.
Sungguhpun begitu, saya tidak menafikan bahawa ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Namun, jumlahnya masih kecil. Lalu, saya mencapai satu kunci kepada kebahagiaan dan kejayaan iaitu ilmu. Rasul tercinta juga pernah bersabda, "Jika kamu ingin bahagia di dunia, hendaklah berilmu. Jika kamu ingin bahagia di akhirat juga hendaklah berilmu."
Misi kemanusiaan selama 7 hari itu disulam dengan aktiviti utama iaitu berkhattan bagi kanak- kanak lelaki. Salah satu pengalaman menarik di Kampung Chongkoh adalah melaksanakan khattan di dalam rumah bot. Ya, bot itulah rumah mereka. Rumah itulah bot mereka. Kami menumpang beberapa buah bot untuk menjalankan khattan. Syukur segalanya lancar walaupun agak mencabar melaksanakan di ruang yang sempit dan gelap.
Pada penghujung misi, kami berkesempatan berkenalan rapat dengan keluarga Ustaz Hasan al- Basri yang juga merupakan aktivis dalam Persatuan Islam Kemboja di rumahnya sambil menikmati jamuan makan malam berlaukkan 'lembu panjat bukit'. Gambar kenangan juga dipotretkan di rumah beliau sebagai tanda kenangan bagi Misi Kemanusiaan ke Kemboja UIAM Kuantan 2012. Misi itu menjadi satu pengertian syukur yang besar buat kami semua.
30 October 2012
Sebuah Persahabatan

Kini kuamati,
Bertapa bernilainya ukhwah kita
Salah faham, gurau senda menjadi rencah rasa
Kini kurindui,
Saat kecil mengenal hati budi
Mencari kesefahaman dalam diri
Kini kuhargai,
Nilai ukhwah kerana Illahi
moga dipertemukan di syurgaNya nanti, ameen.
20 May 2011
Taufik wa Hidayah...

14 October 2010
Cahaya atas Cahaya ...

24 June 2010
aku yang bernama hamba ...

hamba itu ada tuannya,
hamba itu ada ketaatannya,
hamba itu ada kepatuhannya,
itulah hamba.
tuan.
tuan itu berkuasa,
tuan itu berhak,
tuan itu ada segalanya,
itulah tuan.
siapa hamba?
aku atau kamu,
dia atau mareka,
jawabnya, kitalah hamba.
siapa tuan?
aku atau kamu,
dia atau mareka,
jawabnya, tiada yang lain melainkan Dia.
Maha Esa, Maha berkuasa.
cahaya @ mulia
24 Jun 2010
seremban
~ Moga 'tuan'ku mengampuni dan merahmatiku.. ameen.
“sesungguh nya pada kejadian langit dan bumi akan nampak tanda2 kebesaran Allah .itu pun untuk orang yang mengunakan akal nya...”
(Al-Imran 173)
31 March 2010
Aku Seorang Petani ...
Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah yang Maha Mengasihi…
Maha Pengampun, Maha Menyayangi…
RahmatMu meliputi langit dan bumi…
Ampuni dosa hambamu ini..
Ya Allah yang Maha Mencukupi..
Aku ini seorang ‘petani’…
Bercucuk dan bertani…
Di dunia yang sementara ini…
Ya Allah yang Maha Pemberi…
Hadirlah untukku pembantu di sisi…
Yang sama-sama dapat ‘bertani’…
Untuk ‘menuai’ di kemudian ‘hari’…
Ya Allah yang Maha Memelihara…
Kubertani di ladang dunia…
Di akhirat sana kan kupetik hasilnya…
Maka peliharalah ‘kesuburan’nya..
Ya Allah yang Maha Kuasa…
Pandu kami ke jalan yang Kau redha…
Agar bertemu-Mu di syurga sana…
Bersama-sama ‘dia’, hambaMu yang setia…
16 January 2010
Masih Merahkah Hati..?

Masih merahkah hati?
Jika cemburu dan hasad dengki...
Masih merahkah hati?
Jika riak meninggi diri...
Masih merahkah hati?
Jika maksiat dan nafsu merajai...
Masih merahkah hati?
Jika prasangka membuta tuli...
Masih merahkah hati?
Jika tompok hitam menutupi...
Masih merahkah hati?
Jika dicemari setiap inci...
Masih merahkah hati?
Jika cinta hakiki tak dikenali...
Masih merahkah hati?
Masih merahkah hati?
Masih merahkah hati?
p/s: Astaghfirullah hal a'zim....
cahaya @ mulia
UIAM, Kuantan
29 Muharram 1431 H
15 Januari 2010
"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."
(az-Zumar: 22)
30 November 2009
Suara Alam ...

Kicauan riang sang kenari,
Mengubah melodi, menghibur hati,
Bagai menyanyi sambil menari,
Ke sana ke mari di langit tinggi.
Namun kulihat, kumerasa...
Pohon itu seperti jelas suramnya,
Kesuraman akibat tangan manusia,
Yang menoda tanpa batasnya,
Menjeritlah alam tanda marahnya,
Kudengari, kuamati semula...
Alam selalu saja bersuara,
Memberi makna pada manusia,
Untuk pelihara persekitarannya,
Agar damai dan aman sentosa.
cahayamulia
UIAM, Gombak
4 Zulhijjah 1430
21 November 2009
(Qaaf: 7)
02 October 2009
LamaranNya kuterima..
Hati tertanya. Terpatri sudah sebuah ikatan?
Hati berkata. Ikatan perhubungan dan perjanjian.
Hati dan minda lalu berbicara...
Apa makna itu semua?
Apa lupa sudah menerpa?
Atau hati dibelenggu dosa?
Hingga tak mampu untuk merasa.
Tak mampu juga ingat semula.
Bukankah dicipta kau untukNya?
LamaranNya dalam rahim bonda?
Lamaran Dia yang kau terima.
Lalu, lahirlah kau ke dunia.
Punya amanah dariNya.
Harus terlaksana.
Ya... lamaranNya kuterima!
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."
p/s: Maafkanku wahai Maha Pencipta...
03 November 2008

Imbalan Ukhrawi ...
Lihatlah di sekitar maya,
Kita punya segalanya,
Punya harta & takhta,
Punya masa ...
Punya sihat & bahagia,
Jua punya nyawa..
Hatta itu nikmat seketika,
Kurniaan Tuhan buat hambaNya,
Ada beringat, ada teralpa,
Ada bersyukur, ada yang kufur,
Ada hargai, ada jua ingkari.
Ayuh sedari hakikat itu,
Hakikat Dia yang maha Satu,
Ayuh sedar dari lenamu,
Lena dek bayu nan syahdu,
Ayuh diriku,
Ayuh sahabatku,
Ayuh menuju Redha itu.
Usah dibiar masa percuma,
Tiap ciptaan ada tugasnya,
Segera sempurna amanah kita,
Agar berdaya untuk berkata,
Berkata-kata di akhirat sana.
Kelak dipersoal teliti rapi,
Tinggal tidak saki baki,
Walau sebesar biji sawi,
Bermakna atau tiada erti,
Hidup di dunia ini.
cahaya @ mulia
UIAM, Kuantan
nov 08'
"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (dariNya)" (Al-Anbiya':1)
06 October 2008
Sanjunganku ...
Besar kepalang pengorbananmu ,
Menjaga,mengasuh dan mendidikku ,
Memikul amanah kerana yang Satu ,
Mak,ayah..kaulah sanjunganku .
Terkenang aku zaman kecilku ,
Seupayamu penuhi permintaanku ,
Biarpun kini kusemakin dewasa ,
Kau tetap berkorban tanpa bertapa .
Apakah bisa aku titipkan semua ,
Tiap titik keringat mereka tercinta ,
Dalam jerih meredah dunia ,
Mencari rezeki, meraih redhaNya .
Mak..ayah..yang kucinta ,
Usahaku menjadi anak yang berguna ,
Berguna pada Islam yang sejati ,
Berguna pada negara yang murni .
Dan ku mohon padaMu Illahi ,
Tempatkan mereka dalam golongan yang Kau redhai ,
Dilimpahi dengan rahmatMu yang suci ,
Hidup bahagia duniawi, ukhrawi .
cahaya @ mulia
UIAM, Kuantan
oktober 08'
27 August 2008
Nikmatnya Ramadhan...Kau hadir kini,
Mengalir rohmu di denai nan seni,
Tersembunyi lagi tersusup rapi,
Di tiap denyutan jantung dan nadi.
Ya Ramadhan...
Hadirlah bersama tenang dan damai,
Agar hidup subur pabila disemai,
Kembang mekar pabila dituai,
Harum mewangi pabila dibelai.
Tenang, datanglah kau ke mari,
Damai, hadirlah dikau ke sisi,
Nikmatnya bila sentiasa di hati,
Syukur pada Illahi...
Alhamdulillah.
cahaya @ mulia
iium kuantan
ogos 08'
04 May 2008
Hati ini milik siapa ???
Terkadang aku tertanya…
Apa? Mengapa? dan Bagaimana?
Ah…bingung aku dibuatnya..

Ternyata aku lemas dengan semuanya…
Biar saja kulempar ke sana…
Namun apakah hakikat sebenarnya?
Hati ini..hati itu..YA,itulah hati manusia..
Hati yang kotor penuh noda..
Jarang dicuci dengan kalimah suci…
Benci,sombong,riak dan takbur..tersemat rapi…
Kerna semua itu dianggap sakti..
Hingga sayang diusir pergi..
Hati ini milik siapa???
Kini kumakin hampir pada jawapannya..
Jawapan jitu yang pasti sudah..
Maka jawabnya..hati ini milik ALLAH...
Milik Pencipta pemberi SAKINAH…
Ya Rahman..
Kerinduan pada-Mu melahirkan hati yang rela berkorban,
Ketaatan pada-Mu melahirkan hati yang penuh kesungguhan
Kecintaan pada-Mu melahirkan hati yang penuh kesyukuran,
Lantas itu..ku merayu pada Mu Tuhan...
Letakkanlah hati dan jiwa ini dalam satu lingkungan…
Yakni,lingkungan RAHMAT dan kasih sayang-Mu Tuhan…
cahaya @ mulia
UIAM, Petaling Jaya
nov.07'











