Antara tugas dan tanggungjawab, apakah ada bezanya? Andai persoalan sebegini diajukan kepada anda, apakah respon kalian? Adakah anda akan memilih tugas? Atau tanggungjawab? Ataupun kedua-duanya..? Dua frasa ini mungkin punya maksud yang berbeza. Tanggungjawab seorang ibu, mengasuh serta mendidik anak-anaknya di samping menjadi penolong tadbir tidak rasmi dalam kerajaan rumah tangga. Dan tugas seorang doktor, merawat pesakit sewajarnya. Agaknya ada beza tak??
Namun, mahu tidak mahu, kedua-duanya terkandung amanah yang harus dilaksanakan. Demikian juga tugas dan tanggungjawab seorang hamba dan khalifah. Sayangnya, masih ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Hakikat yang mana setiap insan itu wajib menjalankan amanah menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran serta beriman kepada Allah swt. Rasul junjungan pernah berpesan, sampaikanlah walau satu ayat. Ini jelas menuntut kita untuk bersedia berkorban demi agama Allah. Dan pasti tiada rugi orang-orang yang berkorban di jalanNya.
Dalam tempoh seminggu ini, saya diuji dengan tugas dan tanggungjawab. Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri dewan muslimat Pas di Shah Alam. Sekadar memenuhi undangan mewakili badan bukan kerajaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai pemerhati. Kemudian, sibuk pula dengan persediaan Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) bertempat di Uia Gombak pada 5-7 Jun yang lalu. Sejurus selesai PMGK, ambil kesempatan untuk ziarah adik-adik di Pusat Asasi Uia kampus Pj dan Nilai. Akhirnya, mewakili PKPIM ke Kovensyen Pendakwah Negara anjuran JAKIM bertempat di Hotel Grand Seasons, K. Lumpur.
Di kala kita merasa lapang, terasa bagai burung terbang tanpa sayapnya. Tetapi, bila kita merasa sibuk, bagai kesesakan di hutan belantara kota. Benarlah kata Rasulullah, ingat lima perkara, sebelum datang lima perkara. Pertama, ingat hidup sebelum mati. Kedua, ingat kaya sebelum miskin, Ketiga, ingat sihat sebelum sakit. Keempat, ingat muda sebelum tua. Kelima, ingat lapang sebelum sempit. Jadi, sementara kita ada semua, ayuh laksanakan bersama tugas dan tanggungjawab kita. Mudah-mudahan diberkati olehNya.. Ameen.
"Katakanlah sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam" (al- An'am: 162)
7 comments:
Salam.
Kebaikan yang terus hidup walau pun kita telah mati ialah Ilmullah. Ilmu-ilmu kebaikan yang dituntut di jalan Allah SWT dan diajarkan pula kepada manusia. Misalnya seorang hamba Allah mengajar "ayat syahadah" kepada seorang kafir. Sudah tentu beliau yang memeluk Islam akan berkahwin dengan seseorang yang Islam. Bermulanya dari titik itu, seluruh keturunannya dan keturunan kepada pasangan-pasangan keturunan mereka juga Islam. Seperti "nuclear chain-reaction" atau "pengandaan sel mikrob" yang tiada hentinya.
Bayangkan pahala yang berganda-ganda tersebut pulang balik kepada pengajar shahadah itu walaupun sudah 1400 tahun wafat...masyaAllah.
o0o0..xbgtau pn dtg gmbk ari tu..:(
salam, siapa yg tangkap gmbr ngan dr. fadzilah skali tu?? nmpk chumel jew~~ hehe
To Tycoon...
Who else??? huhu...
Kepada auz88...
Bukan vip utk dikenali,
Bukan menteri utk disanjungi,
Bukan jua wali utk dijulangi,
Cuma menebar kaki di bumi islami...(uia)
Usah terasa, mahu pun berasa,
hamba kembara hanya sementara,
membawa bersama amanah dari-Nya,
maka kesempatan itu, harus diperguna...
asif jiddan.
to zaidi ali...
Such a huge loving from Allah swt for His servant who have done good deeds..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
La ila ha illallah..
Allahu Akhbar..
to Fede ...
Mucho Gracias..4 invite merame..
Post a Comment