30 March 2009

Kem Motivasi SMK Mat Kilau ...



~Sekolah yang bersih..~

Tarikh : 27 - 29 Mac 2009
Tempat : SMK Mat Kilau
Kerjasama: Facilitator Team IIUM

~Adik-adik tingkatan 5~


Alhamdulillah, dalam kesibukan membuat persediaan peperiksaan akhir semester, Allah tetap memberi saya peluang untuk turun berprogram di SMK Mat Kilau. Kem motivasi untuk adik-adik tingkatan 5. Sekali-sekala terimbau juga zaman persekolahan dulu..huhu. Macam-macam. Namun, zaman adik-adik mungkin sedikit berbeza. Sistem pendidikan negara selalu saja berubah-ubah. Menguji adik-adik kita mungkin. Sesuai pula dengan tuntutan zaman kini dan ternyata hidup adik-adik semakin mencabar.


~Let's do it~



Saya berfikir, sudah pastilah hidup ini perlukan cabaran. Kerana cabaran itulah yang mematangkan pemikiran. Dan kerana cabaran itu jugalah, menuntut kita menggunakan akal untuk berfikir mencari segala bentuk jalan penyelesaian. Namun, dalam menyahut cabaran-cabaran itu, ada pula yang kecundang. Berdasarkan pemerhatian juga pengalaman saya, antara faktor kecundangan itu adalah kurangnya persediaan mental, fizikal dan spiritual.


~Use our mind~

Maka, ketiga-tiga aspek (mental, fizikal, spiritual) ini tidak boleh dipisahkan daripada hidup manusia. Ia sudah menjadi titik keseimbangan dalam diri kita. Soalnya, bagaimana mahu mencapai titik keseimbangan itu? Sebagai orang beriman yang beragama Islam, tersedia sudah cara hidup dan contoh terbaik untuk diikuti. Kita punya Al-Quran kurniaan daripada Tuhan. Kita juga punya as-Sunnah hadiah daripada Rasulullah. Kedua-kedua azimat ini amat membantu manusia mencapai titik keseimbangan tersebut..Insya-Allah.
"Tunjukilah kami ke jalan yang lurus..." (Al-Fatihah: 6)

No comments: