13 March 2009

Jalinan Kasih IV ...




~Tiba di Ringlet jam 5.15 am~


Tarikh: 6 Mac - 10 Mac 2009

Tempat: Kg. Rantau, Cameron Highlands



















Mengutip seribu satu pengalaman berdakwah di perkampungan orang asli memberi sedikit-sebanyak impak kepada para pendakwah muda. Tugas menyampaikan risalah baginda memang bukan suatu tugasan yang mudah. Namun, jika dilihat hikmah di sebalik itu, pasti tak tergambar dengan kata-kata hatta dakwat seluas lautan jua tidak akan pernah cukup untuk melakar butiran-butiran hikmah-Nya. Subhanallah..



















Program tahunan anjuran PERKIM ini membawa beberapa misi dakwah yang utama. Selain memberi penekanan terhadap asas dalam ibadah, konsep akidah sebagai tunjang dalam agama iaitu mentauhidkan dan mengEsakan Allah sebagai Pencipta turut diselit secara langsung mahu pun tidak langsung. Berperanan sebagai orang Islam yang berakhlak mulia juga diterapkan dalam diri kami juga penduduk kampung.

















Bermain dengan kanak-kanak, berbual mesra dengan penduduk kampung, sumbangan bahan asas (telekung, pakaian, alatn kebersihan, dll), makan bersama penduduk kampung, mengaji al-Iqra', kembara alam ciptaan Tuhan dan sebagainya adalah sebahagian aktiviti yang dijalankan. Waktu petang, kanak-kanak dirai dengan aktiviti riadah sukaneka. Ternyata mereka seronok bermain dengan kami walaupun pada awalnya kami amat asing bagi mereka.




















Di sini saya ingin juga berkongsi dengan pembaca, semasa perbualan dengan orang kampung (Nek Aleng, Kak Nor, dll.) membuat kami terfikir tentang cabaran-cabaran berdakwah di perkampungan orang asli. Menurut luahan hati mereka, dahulu sudah ada seorang ustaz yang duduk menetap di kampung tersebut, namun kurang sekali pengajian agama yang dibuat. Sekiranya dinilai semula, tahap kefahaman mahupun kelancaran bacaan al-Fatihah (salah satu rukun dalam solat) mereka masih kurang memuaskan. Jadi, di manakah kelompongan yang perlu di tampal itu?






Maka, seperlunya kita turut merasa terpanggil untuk sama-sama membela akidah mereka di sana. Ini kerana, pengaruh dakyah kristian semakin meluas di kawasan perkampungan orang asli. Namun, apa yang mungkin boleh dicontohi adalah cara mereka yang lebih menekankan kepada kebajikan dan bantuan asas seperti wang dan makanan serta pakaian. Bantuan asas seperti inilah yang amat mereka perlukan di kala susahnya untuk mereka mendapatkannya.






~Wakil UIA Gombak dan UIA Kuantan~




8 Mac 2009, wakil UIA Gombak dan UIA Kuantan terpaksa pulang awal kerana masing-masing ada kelas pada hari selasa. Jadi, dalam perjalanan pulang keluar dari kampung (kira-kira 1 jam perjalanan) kami sempat memberi komen juga kritikan membina kepada ahli jawatankuasa bagi menambahbaik pengisian dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan pada beberapa hari yang masih berbaki. Apa pun, mohon keberkatan daripada Allah dalam setiap yang kita lakukan kerana-Nya.. Ameen..

2 comments:

zaidi ali said...

Ramai di kalangan Orang Asli di negeri Perak yang menganuti agama Kristian seolah-olah dakwah Islamiyyah tidak sampai di kawasan petempatan orang asli.

Setiap kerajaan negeri yang beraja melalui Sultan (ketua agama Islam) dan Mufti (penasihat agama) sepatutnya mengambil langkah yang lebih pro-aktif dalam penyebaran agama Islam di negeri masing-masing.

Pada zaman dahulu para mubaligh dari Hadramaut dan Batu Bara terpaksa mengharungi lautan untuk berdakwah. Para sultan juga berdakwah menyeru rakyatnya memeluk Islam. Zaman sekarang boleh dikatakan jalinan jalanraya telah lengkap di Malaysia dan untuk sampai ke pedalaman bukannya masalah yang besar.

Pengembangan ajaran Kristian begitu aktif sekarang ini di bandar dan pedalaman. Mereka mendapat sokongan kewangan yang mencukupi dari pihak gereja. Di bandar, mereka menyampaikan agama mereka dari rumah ke rumah.

Usaha PERKIM memang amat mulia di sisi Tuhan. Alangkah baiknya jika bajet yang mencukupi dari kerajaan dapat disalurkan kepada PERKIM agar mesjid-mesjid dapat dibina di petempatan orang asli dan usaha-usaha dakwah dapat dilakukan setiap bulan dan bukannya setahun sekali.

Persoalan pokoknya sekarang ialah adakah Malaysia ini benar negara Islam yang mendukung agama Islam sejajar dengan penarafan Islam sebagai agama resmi?

Nor Athirah ... said...

Sedih juga kerana ramai remaja sebagai golongan pelapis negara kini lemah akidahnya. Mungkin dek sogokan budaya hedonisme yang melampau.