02 April 2009

Salam Imtihan ...!


Kini, mungkin kebanyakan kampus sedang atau akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Tak terkecuali juga Universiti Islam Antarabangsa, kampus Kuantan mahu pun Gombak. Suatu hari, sedang sibuk mengulangkaji subjek-subjek penting, saya menerima satu khidmat pesanan ringkas daripada seorang sahabat sekelas... Agak lucu bunyinya. Tapi, sangat bermakna bagi yang memahami..huhu.

"Salam, sekarang ni, masing-masing buatlah yang terbaik untuk final exam. Sekarang ini jugalah Calculus digunakan untuk mengira-ngira berapa jam lagi masa yang masih ada. Then, differentiate the rate of knowledge absorption with respect to time. Lagi, sekarang ini gunalah Biostatistic untuk menganalisa kesemua carry mark anda. Biochem pula, metabolism kita akan semakin meningkat setelah menghasilkan seberapa banyak ATP apabila study hard. Bagi Molecular Cell Biology (MCB), organel-organel semakin aktif kerana tindak balas daripada metabolism tadi. Untuk Islam, Science and Civilization (UNGS) pula, ingatlah kita belajar kerana Allah dan banyak-banyakkanlah bertawakkal kepada-Nya. Pabila berjaya, terhasillah sebuah tamadun Islam yang dinamik dan maju, insyaAllah."
(p/s: setelah disunting semula.)

Buat pengetahuan pembaca, resolusi di atas adalah berkisarkan tentang subjek-subjek yang bakal diduduki dalam peperiksaan akhir semester ini bagi pelajar Bioteknologi semester II 08/09. Tapi, ada satu lagi la yang tertinggal (tiada di atas)...subjek Bahasa Melayu..huhu. (Seharusnya menggunakan Bahasa Melayu dengan sempurna..! Nanti cikgu Fauziah marah..huhu.) Setelah diamati.., agaknya, beginilah seorang Saintis berbicara..huhu. Apa pun, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon infiniti kemaafan dan mendoakan kejayaan buat semua yang bakal mengambil peperiksaan nanti, ameen.

"... Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal." (Ali-Imran: 109)

3 comments:

miko said...

salam...
oh kreatif sungguh sms tu..
huhu...semoga usaha kita semua ntuk sem ni diberkati-NYA..

Anonymous said...

Semoga SMS tersebut berPOTENSI meRADIASI sePAKET FOTON CAHAYA berNOD MEMBINA yang akan mengAKTIFkan 100 biliun NEURON anda agar lebih memantapkan lagi KOMUNIKASI SELULAR dan PENGANGKUTAN PROTEIN antara ORGANEL yang lebih sempurna yang seterusnya mengINISIASI RESPONSE DESAKAN SELULAR semasa mengulangkaji. Semoga sukses!

Nor Athirah bt Md Sharif said...

Subhanallah..masyaAllah. Haza min fadli Rabbi..!(segalanya ini adalah daripada Tuhanku..)