10 March 2009

Derita Demam ...


Kalau sakit apa yang bakal anda lakukan???



Jumpa doktor?



Makan ubat?



Pergi klinik?



Jumpa bomoh?



dll...

~Kak Yan~

Syukur kerana Allah sudi memberi ujian kepada saya. Demam. Apa yang demam? Siapa yang demam? Bukan saya, tapi laptop jenis Compaq ini. Agak teruk la demamnya. Jadi bila dah demam, agak susah la nak berkerja mahupun bergerak. Mungkin diserang virus ataupun bakteria bahaya. (Agak je..huhu). Tapi, sudah pasti bukan di sebabkan Cynobacteria, E. Coli, mahu pun Lactobacillus.


Namun dalam tempoh itu, banyak juga kerja yang tergendala tatkala banyak file yang disimpan rapi dalam My Document. Assigment BM, lab report, dokumen Bioshepherd, file biro Dakwah Tarbiyyah, lagu-lagu, video, gambar-gambar program dan banyak lagi.. Saya terfikir, kebanyakan file mahupun dokumen belum lagi disimpan dalam data (D). Kalau kena format semula, masya-Allah.. habis la semuanya..


Mungkin di sebalik semua itu, ada terselit seribu satu makna yang perlu ditafsiri. Lalu, saya ambil kesempatan untuk membawa laptop saya ke klinik berdekatan (IT Department-iium). Kak Yan (officer IT Departmet) kata, perlu format semula. Laptop saya juga terpaksa ditahan wad selama beberapa hari. Subhanallah. Silap saya pun ye juga. Tak buat bake-up file. Apa pun saya redha..


Kemudian, saya ambil semula laptop setelah berpisah beberapa hari. Saat itu, terasa amat berharga dan pentingnya sebuah objek bernama laptop. Mungkin selari dengan sebuah ungkapan yang berbunyi, "Kita takkan merasa apa-apa bila ia di depan mata, namun suatu ketika kita akan merasakan kepentingannya bila ia tiada lagi di sisi kita." Lalu, teringat pula pada pesan kak Husna (faci halaqah), "Kita harus menjadikan tiap apa yang dikurniakan Allah kepada kita sebagai medium untuk kita lebih mengenal dan mendekatkan diri kepada-Nya."


Sejurus laptop diaktifkan, saya terus semak data dan semua dokumen yang lepas. Ternyata hilang semuanya. Kemudian Kak Yan segera memberitahu bahawa dia dah buatkan salinan dalam file data owner sebelum format semula laptop saya. (Terima kasih Kak Yan...('',)..) Saat itu, hanya Allah yang mengetahui apa yang saya rasa. Syukur pada-Mu ya Allah.. Alhamdulillah. Maka, salah satu tanda syukur itu memanfaatkan tiap apa yang dikurniakan-Nya dengan sebaiknya.. Insya-Allah.


"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami tambahi (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku, maka sesungguhnya azabku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah semuanya selamat.
Anda (termasuk si Compaq) di bawah RahmatNya. Setiap musibah ada hikmah di sebalik. Setiap hikmah akan lebih mendewasakan kita. Setiap penyakit dan bala akan lebih mengingatkan kita padaNya.

Nor Athirah bt Md Sharif said...

Alhamdulillah...all praise be to Allah.