24 January 2009

Solidarity Palestin ...

Syukur alhamdulillah...
23 Januari yang lepas saya dan seorang sahabat, Nooraini berkesempatan menjadi petugas di 'booth' Solidarity Palestin anjuran AMAN PALESTIN yang bertempat di masjid Negeri Pahang. Program 1 hari ini dipadatkan dengan slot ceramah oleh Dr. Zainur Rasyid dan persembahan daripada Nazrey Johari(bekas kumpulan Raihan).
Walau cuaca pada hari itu agak panas, namun menyumbang sedikit tenaga dan masa di sana memberi makna mendalam buat saya. Saya merenung ke dalam diri yang punya segala keperluan dan kenikmatan, juga saya terfikir akan nasib saudara seagama yang ditindas kaum Zionis di sempadan Gaza sana. Jika hendak dibandingkan pengorbanan yang sedikit ini, apalah sangat..


Angka syahid dan cedera semakin meningkat saban hari. Ini semua gara-gara Zionis laknatullah yang ingin membuat penghapusan umat Islam secara total di Palestin. Jika dilihat pada sejarah kemasukan yahudi ke Palestin suatu ketika dulu tidak sampai 8%. Tapi kini hampir 90% mereka telah menguasai bumi Palestin.

Ayuh saudaraku...! Ayuh kita bantu saudara kita di sana walau hanya berdoa sahaja. Barangkali itu menjadi bukti bahawa kita juga ingin merasai derita mereka walau secebis cuma. Al-Fatihah buat perjuang-pejuang Islam yang syahid di jalanNya..

Sumbangan untuk Palestin:-

Aman Palestin Berhad,

No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel: +603 89267019

Fax: +603 89259963



Sebarang sumbangan kewangan disaluran berikut:

(Dana Sumbangan & Derma)

Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad: 562263010787



"Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu." (Muhammad: 38)


2 comments:

Ilham Nur said...

saya nampak athirah di sana

tak sangka menjaga booth aman palestin.

Nor Athirah bt Md Sharif said...

Alhamdulillah...

Allah yang mengurniakan kesempatan itu memandangkan saya tidak balik bercuti ke kampung.