18 January 2009

MY EVO Camp ...




















Muslim Youth Evolution Camp ...

Saya tak tau apakah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan tentang perkemahan ini. Namun, alhamdulillah saya berkesempatan untuk menyertainya pada 2-4 Januari 2009 yang lalu. Anjuran PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) UIA Gombak, bertempat di Janda Baik. Walaupun kesihatan seperti tidak mengizinkan untuk saya pergi, tapi tak tau bila datangnya kekuatan itu yang akhirnya saya berjaya juga menjejakkan kaki ke sana. Tapi, apa yang pasti tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Dia yang maha Berkuasa.




Perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam kadang-kala terasa sungguh lama. Namun jika dibandingkan dengan zaman para sahabat, tabi'-tabi'in, sudah pasti jauh panggang dari api. Mereka lagi jauh perjalannya waima dengan berkuda atau berjalan kaki saja, mereka tetap pergi demi menuntut ilmu dari insan bernama guru. Tetapi kini, sudah ada kenderaan pula. Malah ada juga 'high way' yang memendekkan jarak perjalanan. Lalu, apa lagi yang kita mahu?





















Sebenarnya apa yang ditekankan sepanjang kem ni adalah melahirkan juru dakwah yang dinamik dan keseriusan dalam memupuk semangat kesukarelawan. Bak kata kak Wahid (faci saya), "Bagi akak, sukarelawan ni maksudnya, tidak suka dan tidak rela..." Aik, macam pelik je bunyinya... "Maksud akak, sukarelawan ini menuntut kita untuk belajar menjadi suka dan rela walaupun pada awalnya niat kita entah ke mana..." Sambung kak wahid. Hm, barulah saya faham apa sebenarnya yang kak wahid maksudkan.


















Pada petang Sabtu, kami diberi tugasan untuk membuat kerja-kerja amal di rumah sekitar tapak perkhemahan. Waktu itu, pelbagai ragam manusia yang kami ketemu. Ada yang sangat ramah, ada yang sangat malu, dan ada juga yang langsung tidak menerima. Jadi, apa langkah sebagai juru dakwah dan sukarelawan waktu itu? Sama-samalah kita fikirkan ya...


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." ..." (Al-Baqarah:30)

No comments: