09 May 2009

Kerja oh Kerja ...


Alhamdulillah...
Selepas sihat daripada demam + batuk + selesema selama seminggu, saya diterima bekerja sementara di sebuah klinik. Sebenarnya saya harus bermula kerja lebih awal iaitu pada 29 April 2009 sebagai tempoh latihan. Namun kesihatan tidak mengizinkan. Mujur dapat kebenaran untuk mula bekerja sedikit lewat. Kata mak, belum mula kerja lagi saya dah jatuh sakit...Memang terasa amat lemah badan saat sakit tu. Sesuap nasi pun susah nak habis. Tapi saya anggap, itulah kifarah (penghapus) dosa-dosa saya.



Hari pertama berkerja, saya diperkenalkan dengan lebih 100 jenis ubat. MasyaAllah, puas juga nak hafal. Maklumlah, baru nak elok demam, dah kena hafal jenis dan nama-nama ubat. Pening juga dibuatnya. Tapi, kata pekerja lama, mula-mula memang susah, lama-lama nanti mesti o.k... Antara tugas sebagai pembantu klinik, kami bertanggungjawab untuk memberi ubat yang telah ditentukan oleh doktor kepada pesakit. Jika tersalah bagi ubat, bahaya tu..! Inilah antara ubatnya...huhu.


1. sy. augmentin- antibiotik

2. sy. bena- ubat batuk

3. sy. actified- ubat selesema

4. sy. peadicof- batuk/ selesema (kanak-kanak)

5. sy. mendicof- batuk/ selesema (dewasa)

6. sy. pcm- ubat demam

7. sy. asmalin- ubat batuk/ cair kahak


8. sy. polarax- ubat gatal

9. sy. ventolin- ubat asma

10. sy. maxolon- ubat tahan muntah

11. simcone- ubat angin

12. buscopan- ubat sakit perut

13. lomotil & loperax- ubat cirit-birit

14. ponstan- ubat tahan sakit

15. piriton- ubat gatal

16. prednisolone- ubat alahan

17. difflum- ubat sakit tekak


18. cirrus & fenfedrin- ubat selesema

19. cetrizin & atarax- ubat alahan

20. celestamine- ubat alahan/ ubat gatal


21. cuplaton, gascoal, eucarbon, motilium & dulcolex- ubat angin

22. ors- air garam

23. ciprin, cloxa, ceporex, utibid, flagyl, doxy, bactrim & klacid- antibiotik

24. voren, indocid, panadine, uracalun, synflex, feldene & tramadol- ubat tahan sakit

25. cystone- ubat lawas kencing

26. pilex- ubat buasir

27. novomin, maxalon, becoloxin- ubat tahan muntah

dan banyak lagi ..............!

Apa pun, setiap hari, saya harus mengingatkan diri agar sentiasa membetulkan niat (refresh) supaya beroleh keberkatan dan perlindungan daripada Allah swt, insyaAllah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)


8 comments:

nur afzan`` said...

salam..
bestnya..
dulu sy penah keje kat klinik jgk
manfaatkan keje kat sane
bnyk ilmu yang blh di belajar..sungguh!!
jgn lepaskan peluang blaja tntg pap smear
sbb ramai wanita fkr kaedah ini menyakitkan
sedangkan tidak
mula-mula keje memg rasa susah
nti dah lame,pejam mata pun dah ingt nama2 ubat..sgt menyeronokkan
selamat bekerja ^_^

~PaMpeRed bY worDs~ said...

Salam Ziarah..
Selamat Menjalani alam Pekerjaan...
Sye doakan awk dpr hafal nama ubt tue dgn cpt... (^_^)

Anonymous said...

Salam.
Dulu saya pernah kerja kilang buat ubat. Tak tahan dgn bau ubat, kerja setahun truss resign...dadah tuuu!

Nor Athirah bt Md Sharif said...

to nurimani- saya bersetuju. skg da mula rasa seronok. tapi sedang berusaha utk faham tulisan doktor..mencabar sungguh..! huhu.

Nor Athirah bt Md Sharif said...

to pampered by words- syukran for the pray...may Allah bless us..ameen

Nor Athirah bt Md Sharif said...

to zaidi ali- ya..u r right n people seem become addicted with all such medicines.

hari pertama berkerja pun sy terbau-bau ubat di rumah..pening.

Ahmad Usamah said...

salam..juz passing by..keje elok2..bak kte sorg sahabat "may Allah make it easy 4 u"..(^_^)

Nor Athirah bt Md Sharif said...

to auz88- syukran ya akh...