14 November 2013

S.Y.U.K.U.R


"Adik, boleh akak nak satu kerusi?" Tanya saya kepada seorang adik yang sedang duduk atas dua kerusi.

Adik tersebut terus menghulur kepada saya kemudian kembali menghadap ke luar bangunan sementara menanti hujan lebat teduh.

"Adik tunggu siapa?" Soal saya lagi.

"Tunggu hujan berhenti." Jawabnya ringkas.

Gaya adik ni macam baru balik sekolah.

"Adik sekolah mana? Nak balik rumah ye?"

Saya pula baru lepas beli barang di Pasaraya Cowboy, Kuantan. Hujan memang sangat lebat waktu tu. Saya pun ambil keputusan tunggu hujan sedikit reda untuk masuk dalam kereta sebelum pulang ke rumah.

"Saya sekolah di SK Abdullah. Setiap hari saya balik rumah akan lalu sini."

"Adik, jom akak hantar adik balik rumah. Adik dah makan?"

Jam di tangan sudah pukul 2.30 pm. Mesti lapar budak ni (kata saya dalam hati). 

"Belum."

Terus saya hulur apa yang ada di tangan. Biskut. "Adik makan ni ye. Akak beli air sekejap."

Tak lama selepas tu, ada seorang pekerja Cowboy memegang payung besar (orang berniaga selalu guna payung ni. Memang besar juga la..)

"Dik, jom kita minta abang tu hantar kita ke kereta. Kalau tunggu hijan betul- betul teduh, mesti lambat lagi."

Alahmdulillah, kami berjaya masuk ke dalam kereta walaupun di luar sana lebat sangat hujan, siap petir lagi..huhu.

"Adik tolong tunjukkan rumah ye. Akak tak tahu. Rumah adik kawasan mana?"

"Kampung Tengah."

Oh..? Serius tak tahu. Saya pernah lalu je. Tak pernah masuk kawasan tu.

Alamak, banjir la pulak kawasan ni. Jadi, saya pandu perlahan je la.

"Akak stop sini je. rumah saya kat tepi tu." Pinta adik ni.

Wow, jauh jugak la adik ni jalan kaki setiap hari ke sekolah.

Tapi dalam hati puji sangat kesungguhan adik ni ke sekolah. Bagus dik. Akak doakan adik berjaya dunia, akhirat. ameen.

Pulang dari situ, seharian saya termengu. Sudah bersyukurkah aku? Rumah selesa. Kenderaan ada. Allah cukupkan segala- galanya.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan adik tu demi menyampaikan mesej S.Y.U.K.U.R.




No comments: