02 April 2011

Sampaikanlah...



" lama akk tak update blog ya.saya menunggu2." :D


Pesanan ringkas di chat box ini, membuat saya begitu terpanggil untuk menulis walau kini agak 'sibuk' dengan persediaan menduduki peperiksaan akhir semester 2010/ 2011. Hakikatnya, saya akui, memang sudah lama saya biarkan blog ini ber'habuk' hingga tebatuk- batuk mengemasnya. Maaf dan terima kasih kepada semua.


Kadang- kala hati saya berbisik,

"Tak cukup masa la nak menulis."

"Banyak benda lain la nak kena buat."

"Lepas exam la baru nak update."

"Tunggu ada masa baru boleh menulis."

"Lain kali boleh update blog."


Namun, setelah muhasabah...


Mengapa perlu bertangguh dalam melaksanakan kebaikan?

Bukankah membuat kebaikan itu satu ibadah?

Bukankah menulis sesuatu yang berbentuk peringatan tu juga satu ibadah?

Jadi, mengapa harus bertangguh dalam ibadah?


Astaghfirullah...


Kadang- kala hati mampu menepis,


"Tiada kebaikan yang sia- sia"

Apalah salahnya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi peringatan. Berkongsi sesuatu yang baik itu bukanlah suatu yang sia- sia. Meluangkan sedikit masa itu juga bukanlah perkara yang sia- sia. Kadang- kala diri ini begitu berkira- kira dengan masa. Hakikatnya masa itu bukanlah milik kita. Kita hanya 'pengurus'nya sahaja. Apalah taraf 'pengurus' jika hendak dibandingkan dengan 'Pemilik' masa.


Jadi, mohonlah keberkatan dalam 'masa' itu. Keberkatan itu hanya 'Pemilik' masa yang boleh bagi. Jika keberkatan mampu diraih, segala apa yang dilakukan dalam satu- satu masa itu terasa begitu bermakna sekali. Bermakna kepada diri sendiri dan bermakna juga kepada orang lain, insyaAllah.


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sampaikan dariku walau satu ayat!"

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

No comments: