31 October 2009

Salam Mujahadah...

No comments:





"Ya Allah, ya Tuhan kami...

Ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya keranaMu...

Belajar ini bukan untuk diri bahkan untuk seluruh umat RasulMu...

Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanMu...

Ajarkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentang ilmuMu...

Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu...

Redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMulah kami akan kembali...

Ameen ya rabbal a'lameen..."


~selamat menghadapi peperiksaan akhir semester buat semua sahabat- sahabatku...~

02 October 2009

LamaranNya kuterima..

No comments:

Hati tertanya. Terpatri sudah sebuah ikatan?

Hati berkata. Ikatan perhubungan dan perjanjian.

Hati dan minda lalu berbicara...

Apa makna itu semua?

Apa lupa sudah menerpa?

Atau hati dibelenggu dosa?

Hingga tak mampu untuk merasa.

Tak mampu juga ingat semula.

Bukankah dicipta kau untukNya?

LamaranNya dalam rahim bonda?

Lamaran Dia yang kau terima.

Lalu, lahirlah kau ke dunia.

Punya amanah dariNya.

Harus terlaksana.

Ya... lamaranNya kuterima!

cahayamulia
UIAM, Kuantan
13 Syawal 1430
2 October 2009

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."
(ad-Dzariyat: 56)

p/s: Maafkanku wahai Maha Pencipta...