20 May 2011

Taufik wa Hidayah...

No comments:


bila hidayah datang menyapa
hati mula berbaur rasa
rasa tawar pada dunia
rasa jemu pada dosa


bila hidayah datang menyapa
hati rasa mahu kembali
kembali pada cinta hakiki
kekal abadi


bila hidayah datang menyapa
hilang akan semua derita
hati bahagia, damai sentosa
dalam cintaNYA


bila hidayah datang menyapa
segala rintangan ditempuh saja
kekuatan kurniaan Dia
tenang hadapi segalanya


bila hidayah datang menyapa
moga kekal selamanya...


"Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus..."
(al- Fatihah: 6)