"Selamat hari lahir yang ke-22." Ucap mak sebelum mematikan talian di telefon.
"Umur dah meningkat." Mak menambah (menyebut semula kata-kata ayah dari belakang talian).
"Amal pun kena tingkat juga. Moga panjang umur, murah rezeki." Mak menyambung.
"Mak, Tira ucapkan terima kasih kerana melahirkan, membesar dan menyara Tira sehingga kini." ucapku senada.
"Itu semua amanah Allah untuk mak. Allah bagi amanah pada semua. Amanah untuk jaga amal, amanah untuk jaga diri." Balas mak ringkas.
* * * * *
Ulang tahun kelahiranku kali ini sama tarikhnya dengan 1 Ramadhan 1432 H.
1 Ramadhan.
Mencari hikmah di sebalik barokah.
Sesekali terimbau kehidupan lampau. Siapa diriku waktu itu. Dan siapa pula diriku kini. Banyak rencah dalam kehidupan seperti banyaknya rencah untuk masakan. Tanpa rencah itu, rencah ini, formula itu, formula ini, ujian itu, ujian ini, nikmat itu, nikmat ini, tidaklah aku seperti kini. Tidaklah masakan itu menjadi. Tidaklah formula itu dapat diaplikasi dan tidaklah ujian dan nikmat itu mampu diamati seterusnya disyukuri.
Rencah itu, formula ini, ujian dan nikmat itu ibarat ditambah kemudian ditolak dan selepas itu di ganda pula lalu di tolak semula dan kemudiannya dibahagi dua, tiga dan seterusnya. Masih belum bertemu noktahnya. Lalu hasilnya sentiasa saja berubah. Pilihlah. Mahu nilai positive atau sebaliknya.
Diriku dulu. Diriku kini.
Masih mencari hikmah di sebalik barokah...
Hikmah itu terlalu seni. Menuntun hati yang mahu mencari erti. Sebuah erti yang hakiki.
Ramadhan. Kini kau disisi. Mahu diriku turut menyedari akan hadirmu membawa seribu erti buat diri ini. Bawalah bersama hatiku menujuNya yang Satu. Kurela.
" Barangsiapa yang mengingini pertemuan dengan tuhannya maka hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan ibadahnya kepada tuhan dengan sesuatu."
(Al-Kahfi : 110)
~ salam 1 RAMADHAN 1431 H buat semua... ~
"Terbinanya Islam itu di atas lima perkara iaitu bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu sebagai rasulullah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan menunaikan haji serta puasa di bulan Ramadhan."
~ salam 1 RAMADHAN 1431 H buat semua... ~
"Terbinanya Islam itu di atas lima perkara iaitu bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu sebagai rasulullah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan menunaikan haji serta puasa di bulan Ramadhan."
(hadis sahih riwayat Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16)
No comments:
Post a Comment