VS BISKUT
"Apa beza antara keduanya?" Saya bertanya kepada salah seorang sahabat dalam sebuah diskusi santai.
"Biskut yang pertama dapat makan manakala 'biskut' yang kedua tak boleh makan." jawab seorang sahabat.
"Selain itu, apa?" Saya bertanya lagi.
"Biskut pertama ada resipi dan rasa. Tapi yang lagi satu tiada." Seorang sahabat lagi menambah.
Saya amat bersetuju dengan semua jawapan yang sahabat-sahabat saya berikan. Tetapi saya sekadar ingin menghurai lebih lanjut tentang apa yang saya maksudkan daripada biskut yang 'rangup' itu.
"Biskut pertama dan kedua pastinya punya makna berbeza." Saya membuka huraian lembaran pertama.
Seseorang yang makan biskut pasti akan merasai kerangupannya, berbanding dengan seseorang yang hanya mampu mengeja atau membaca perkataan biskut tersebut. Ini bermakna, orang yang makan dan merasa biskut itu akan lebih faham dan terasa bermakna kerana lebih memahami selepas merasai.
Begitulah umpamanya, jika seseorang muslim itu cuba untuk merasa manisnya iman atau cuba melihat indahnya agama, pasti akan mampu untuk memahami 'makna' hidup dalam syariat-Nya. Namun, jika seseorang muslim itu sekadar membaca tanpa merasa, mungkin 'makna' hidup beragama tidak sampai kepadanya. Maka, apakah pula mampu untuk memahaminya?
Persoalannya, bagaimana mahu membina kefahaman itu? Bagaimana mahu merasa manisnya iman itu? Dan bagaimana mahu melihat indahnya agama itu? Agaknya, jawapannya apa? Tepuklah dada, dan tanyalah iman kita.. Mudah- mudahan bisa ketemukan jawapannya, insyaAllah.
p/s: Ya Robbi, pimpinlah hati-hati kami... ameen.

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah sedang dia mengerjakan kebajikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus?..."
(an-Nisa: 125)
(an-Nisa: 125)
5 comments:
bismillahirrahmanirrahim..
tahniah ya ukhti..
satu perkongsian analogi yang cukup simple dan mudah difahami..
memang betul..
iman dan juga Islam bukanla sekadar nama..
ia patut dihayati dan dirasai..
barulah terasa kemanisannya...
alhamdulillah...
setuju jg dengan enti...!
likes this..
Boleh share kat blog MTC.
=)
Dalam perjalanan menuju Allah kita akan melalui tingkatan-tingkatan iman...
Ilmu Yakin: seorang hanya tahu apakah itu biskut hanya berdasarkan buku-buku pembacaannya dan perkhabaran dari orang lain. Dia hanya mengetahui keenakkan dan kemanisan biskut hanya dari cakap-cakap orang lain yang mungkin pernah merasai apa itu biskut... tanpa dia sendiri merasakannya..
Ainul Yakin: Seseorang telah telah melihat sendiri biskut itu dengan mata kepalanya.. nyatalah pada pandangannya apakah itu biskut.. telah tampak bahan-bahan yang digunakan untuk membuat biskut tersebut.. Dia yakin bahawa biskut itu manis dengan hanya melihatnya, walaupun tidak pernah dirasainya sendiri..
Haqqul Yakin: Seseorang telah merasa sendiri betapa enak dan manisnya biskut yang telah diketahui dan dilihat sebelum ini.. Kemanisan biskut itu telah benar-benar dirasanya.. Yakinlah padanya, bahwa biskut sememangnya manis. Hanya dia sendiri yang tahu kenikmatan merasai biskut itu..
Kamalul Yakin : Keyakinan yang sudah mencapai kesempurnaan.. Disamping seseorang itu telah mengetahui biskut berdasarkan ilmunya, melihat biskut dengan matanya dan merasai kemanisan biskut itu dengan lidahnya... Dia juga telah merasanya dengan inderanya yang lain.. dengan menyentuh, meraba, mencium dan merasakan sendiri.. Yakinlah dia, Dihatinya tiada sekelumitpun keraguan tentang kemanisan biskut itu..
'sesiapa yang tidak merasa dia tidak akan tahu'
bro sheth: ...boleh, insyaAllah.
hamba: penerangan yang amat jelas. syukran.
Post a Comment