17 February 2010

Tak Tahu atau Tak Mampu..?

No comments:


"Athi, kenapa tak update blog?" Rungut seorang sahabat.

Saya akui, agak lama tidak menulis. Malas? Tiada masa? Tiada idea? Sebutkan saja apa alasannya.

"Menulis dengan hati adalah sesuatu yang bukan mudah. Tetapi bukan juga susah." Saya memula bicara dengan seorang lagi sahabat.

Ketidakmudahan itu mungkin timbul apabila kita kurang jelas dengan matlamat sesebuah penulisan. Apa tujuannya? Apa motifnya? Apa maksudnya? Jadi, perjelaskan matlamat itu. Contoh yang mudah, seseorang itu menulis matlamatnya untuk berkongsi. Berkongsi apa? Berkongsi sesuatu yang bermakna yang akhirnya meninggalkan kesan kepada pembaca. Sejujurnya, saya begitu tertarik dengan hasil penulisan Ust. Hasrizal (saifulislam.com). Mudah. Faham. Dan jelas. Gaya bahasanya juga menarik dan begitu halus maksudnya dalam bentuk yang tersirat.

"Sebenarnya, boleh saja saya copy mana-mana artikel dan paparkan pada blog. Namun, apakah saya berpuas hati dengan hasil sendiri? Pastinya saya akan merasa 'biasa' kerana bukan hati sendiri yang merasai untuk berkongsi 'erti'." Saya menambah kata.

Pendapat saya, menulis dengan hati yang bersih, hati yang ikhlas, dan hati yang jelas sedikit sebanyak mampu mendapat tempat/ menyentuh hati pembaca juga. Dan itu menjadi cabaran buat saya untuk menghasilkan penulisan sebegitu. Namun, jika kita jelas dengan matlamat tadi, pasti kita akan berusaha mencari jalan daripada mencipta alasan, bukan?


"Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun." (an- Nisa': 124)


02 February 2010

Manusia Beriman Diberkati ...

No comments:

DEMI keagungan, kebesaran, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, setiap hamba yang mendahulukan kedudukannya daripada kedudukan-Ku, pasti Aku cerai-beraikan urusannya, Aku kacaukan dunianya, Aku sibukkan dan Aku letakkan hatinya hanya dalam urusan keduniaan, dunia tidak mendatanginya kecuali apabila yang Aku tentukan baginya.

Demi keagungan, kebesaran, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, kemuliaan, cahaya, ketinggian dan kedudukan-Ku, setiap hamba yang mendahulukan kehendak-Ku daripada kehendaknya pasti aku perintahkan malaikat menjaganya.

Aku jamin langit dan bumi sebagai tempat mencari rezekinya, Aku menyertai setiap urusan dan perniagaannya serta dunia akan datang sambil merendahkan diri padanya (Hadis Qudsi).


p/s: Ya Rabbi, pimpinlah hati- hati kami... ameen.