28 April 2008

Sedamai di kg Rantau...

No comments:
Terasa sejuk kedinginan sebaik tiba di kota Renglet tepat jam 3.30 am.Lalu terpaut kembali memori tahun lalu...di tempat yang sama kami tiba...meredah kedinginan subuh demi niat yang padu...misi Jalinan Kasih kali ke-3 ini punya hasrat yang agak besar.Membina tapak surau kata pengarah program,saudara Hafiz...namun,ada juga beberapa misi lain yang perlu dilaksana...antaranya praktikal wuduk dan solat,yang menjadi tonggak utama dalam agama...Rata-rata penduduk di situ baru beberapa tahun memeluk Islam..


Maka kurasa terpanggil untuk sama-sama membela akidah mereka di sana..bukankah sudah menjadi tanggungjawab kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran? Kumohon agar di berkati segala apa usaha mahupun titik peluh kami,para ahli jawatan kuasa.Namun apa yang pasti, sangat besar nilainya tiap usaha yang ikhlas kerana-Nya.